Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Masa Bujang Dulu Tak Ada Orang Nak Goda, Bila Dah Kahwin ..." - Fareez Fauzi

Amri Hassan
04/02/2024 07:48 MYT
Penyanyi Fareez Fauzi mendedahkan kerap menerima godaan daripada wanita sejak bergelar suami dan bapa.

BERITA TRENDING: "Dah Nyanyi Tak Dibayar, Diganti Baju Melayu Saja" - Fareez Fauzi

Jelas Fareez, pelbagai godaan diterimanya terutama di media sosial yang kebanyakannya mahu berkenalan dengannya.

"Dulu waktu masih bujang tiada pula orang nak goda, tapi sekarang ini macam-macam dugaan yang datang.

"Tapi perkara ini bergantung kepada diri kita sendiri sama ada nak melayan atau tidak godaan itu. Ibaratnya bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

"Saya menerima pelbagai mesej di media sosial. Ada juga yang datang nak berkenalan dan cuba menggoda, tapi saya menjaga batas.

"Saya pun tak tahu kenapa ujian sebegini datang selepas saya berkahwin. Mungkin sebab saya sudah berpengalaman sebagai seorang suami dan bapa," katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, Fareez tidak berselindung dengan isterinya dan berkongsi setiap kandungan mesej yang diterima daripada wanita tidak dikenali di media sosial.

"Isteri memang tahu kerana saya tidak akan berselindung. Semua benda yang berlaku saya akan kongsikan kepadanya

"Setiap kali ada yang cuba mendekati, saya akan fikir pengorbanan isteri saya ketika mengandungkan anak kami. Dia melalui fasa yang sukar apabila bersalin secara pembedahan untuk anak pertama kami.

"Saya selalu berdoa agar dijauhkan daripada sebarang bentuk godaan atau bertemu dengan orang yang cuba merosakkan rumah tangga saya," tambahnya.

Untuk rekod, Fareez mendirikan rumah tangga bersama Nurwathiqah Abd. Wahab pada 20 Disember 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

#Penyanyi #Fareez Fauzi #Isteri #Godaan
;