Hiburan

"Masa Diberi Suntuk" - Daqmie, Perkim Datuk Keramat Lancar Single Raya 'Yang Mulia', Angkat Kisah Mualaf Malaysia

Gempak
04/04/2024
06:40 MYT
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Datuk Keramat dengan kerjasama penyanyi dan komposer Daqmie lancar single raya dan muzik video bertajuk Yang Mulia.
Pengerusinya, Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz yang juga merupakan penulis lirik berkata lagu tersebut mengisahkan hubungan masyarakat dengan golongan mualaf di negara ini.
“Lagu tersebut akan dinyanyikan oleh Daqmie dan juga Kumpulan Mestika yang mengisahkan hubungan antara masyarakat dengan golongan mualaf.
“Ia sebagai salah satu usaha dakwah kami agar masyarakat turut sama terlibat dengan usaha yang kami gerakkan ini sekaligus membantu mereka yang memerlukan,” katanya.
Menurutnya idea penghasilan single ini tercetus hasil perbincangan dengan Daqmie yang juga merupakan komposer bagi lagu tersebut.
“Selaku Duta Mualaf Perkim Datuk Keramat, Daqmie pernah melontarkan idea agar usaha dakwah Perkim tidak terlaku terikat dengan kaedah lama namun harus dipelbagaikan agar sesuai dengan zaman.
“Bermula dari situ maka terlahirlah lagu ini yang turut diterapkan dengan melodi kontemporari bagi menarik minat masyarakat khususnya generasi muda.
“Kami mengharapkan dengan kepakaran dan populariti Daqmie dan kumpulan Mestica dapat menarik minat lebih ramai anak muda dengan kerja dakwah yang aktif di platform digital dan media sosial,” ujarnya pula.
Terdahulu Perkim Datuk Keramat meraikan golongan mualaf dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa sekaligus melancarkan single raya tersebut.
Sementara itu Daqmie ketika mengulas berkata cabaran utama ketika penghasilan lagu ini ialah ialah kekangan masa sambil berharap single raya ini dapat diterima masyarakat.
“Antara cabaran ketika menghasilkan lagu ini ialah masa yang diberi agak suntuk. Ketika Ustaz (Suhaimi) maklumkan Perkim mahu terbit lagu raya pada mulanya saya agak terkejut.
“Namun setelah berbincang dengan rakan-rakan kami akhirnya bersetuju menerima cabaran ini, alhamdulliah kerjasama yang diberikan semua pihak akhirnya single ini berjaya direalisasikan.
“Semoga lagu ini dapat diterima semua pihak sekaligus memeriahkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini,” katanya pula.
Untuk rekod Perkim merupakan organisasi yang aktif dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan untuk menyebarluaskan syiar Islam kepada golongan Islam dan belum Islam di negara ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

#GOLD: Sering Bawa Lagu Pembakar Semangat, Kaka Azraff Nak Teruskan Legasi Ella Dalam Bidang Nyanyian

gempak
03/07/2024
06:55 MYT
Dipilih sebagai penyanyi 'original soundtrack' (OST) dalam filem Gold, Kaka Azraff berkongsi dirinya mahu meneruskan legasi ibu saudaranya, Ella, menerusi lagu Kita Pasti Boleh.
Hiburan

Pontianak Dalam Muzik Video Mata(hari) Empty Page, Beri Makna Hilang Seseorang Atas Silap Sendiri

gempak
30/06/2024
19:29 MYT
Pembuka lembaran tahun 2024 dengan kehadiran ‘syg jgn mrh’ pada Februari menaikkan semangat kumpulan alternatif pop Empty Page untuk berkarya.
Viral

Mat Salleh Buat Video Graduasi Guna Lagu UiTM Di Hatiku, Netizen Terhibur Lagu Rasmi UiTM Mendonia

gempak
30/06/2024
03:56 MYT
Sepotong video yang dimuatnaik oleh ‘mat salleh’ memaparkan dirinya ketika di majlis graduasi berjaya menarik perhatian netizen di media sosial.
Viral

Baru Peluk Islam, Lelaki Mualaf Ini Bawa Babi Untuk Dijadikan Haiwan Korban

gempak
21/06/2024
23:55 MYT
Ada satu hal yang menjadi perhatian umum gara-gara seorang mualaf memilih haiwan korban yang tidak halal untuk dimakan.
Hiburan

"Ada Yang Skeptikal, Persoalkan Siapa Saya Tiba-Tiba Nak Jadi Penyanyi?" - Amiesyha Yakin Pertaruhkan Irama Latin Dalam Mirame

gempak
21/06/2024
12:37 MYT
Nama penyanyi Amiesyha pernah meniti di bibir peminat sekitar tahun 2022 apabila muncul dengan lagu berjudul Gegar, duet bersama Noki K-Clique.