Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri menyambut hari lahirnya yang ke-62 tahun.

Menerusi hantaran di akaun Instagram rasminya, Ismail Sabri memberitahu yang dia jarang menyambut hari jadi ketika zaman kanak-kanak.

Ismail berkata, hal tersebut ternyata berubah apabila dia sudah mendirikan rumah dan dikurniakan.

Kata Ismail, selagi boleh beliau akan cuba kosongkan jadual kerja demi menyambut hari kelahiran insan-insan yang tersayang.

A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)


“Masa kecil saya tak selalu celebrate hari jadi ni. Ada tahun ingat, ada tahun ingat pun tak. Tapi bila saya ada anak, memang tiap tahun saya akan sambut hari jadi mereka.

“Walau busy mcm mana pun saya tetap akan kosongkan jadual untuk mereka, daripada kecik sampai lah dah besar panjang semua.

“Bila saya dah makin tua, anak dah makin besar diorang pulak yang sentiasa tak sabar celebrate birthday saya dan isteri. Alhamdulillah sebagai parents, saya rasa sangat dihargai,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail turut mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan ucapan yang dititipkan sempena dengan pertambahan usianya.

“Terima kasih juga kepada semua yang memberikan ucapan, doa dan sebagainya. Saya sangat menghargainya,” katanya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata memberikan ucapan selamat kepada pemerintah negara itu. Tidak terkecuali penyanyi Azza Elite.

“Happy birthday perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri,” tulisnya ringkas sambil meletakkan emoji sambutan hari jadi.