Hiburan

“Masa Kes Kena Kecam Bagai tu, Orang Tak Tahu Dia Ni Kakak Aku…” – Sebaknya Coretan Naim Daniel Buat Kakak Tersayang

gempak
Mya Amri
22/10/2019
10:38 MYT
Sponsor Banner
“Masa Kes Kena Kecam Bagai tu, Orang Tak Tahu Dia Ni Kakak Aku…” – Sebaknya Coretan Naim Daniel Buat Kakak Tersayang
Penyanyi Naim Daniel akui sebak melihat kakak kesayangannya selamat bertunang dengan jejaka pilihan hati.
Menurut Naim, kakaknya itu merupakan harta yang paling berharga buat dirinya.
Naim meluahkan isi hatinya itu menerusi posting terbaru di akaun Instagramya semalam.
“201019 - Semalam adalah hari paling aku behave, duduk belakang-belakang, tak cakap banyak, just sit at one corner sambil tengok majlis tunang gadis ini semalam.
“Yang nak ambil gambar dengan aku pun aku cakap “Yang tunangnya kakak, bukan saya.” It was her day. Sedih dia macam nak nikah pula. Bangang betul. Insya-Allah kakak akan berada dalam jagaan orang yang baik.
“Selama dia take over tugas mama jaga aku ke hulu ke hilir, make up, gosok baju, beli makan minum, call organiser, kejut bangun, masak maggi, check in flight, bawa aku keluar dari crowd, backup kalau ada netizen gila kecam.
“I can say that tunang dia bukan sahaja akan ambil kakak aku. Tapi girlfriend aku. My freaking girlfriend yang dulu carry aku naik bmx warna biru dekat flat Sri Pulau Pinang masa aku kecil dulu sampai jatuh lebam kepala.
“My freaking girlfriend yang sanggup bodohkan diri dia demi buat aku gelak. My freaking girlfriend. Yes, semua dialah.
“Ini pun dia cakap merajuk sebab aku tak buat any appreciation post pasal dia. Bukan sebab apa, aku rasa family adalah aku punya final thing yang aku nak public tahu sebab diorang jelah my very last big thing yang aku nak reserve untuk aku je.
“Tu pasal masa haritu kes kena kecam bagai tu, orang tak tahu yang dia ni kakak aku. Tapi tak apalah. A little posting won’t hurt orang kata. Bangang ah, aku sedih. Selamat bertunang, kak,” tulisnya.
201019 - Semalam adalah hari paling aku behave, duduk belakang-belakang, tak cakap banyak, just sit at one corner sambil tengok majlis tunang gadis ini semalam. Yang nak ambil gambar dengan aku pun aku cakap “Yang tunangnya kakak, bukan saya.” It was her day. Sedih dia macam nak nikah pula. Bangang betul. Insyaallah kakak akan berada dalam jagaan orang yang baik. Selama dia take over tugas mama jaga aku kehulu ke hilir, make up, gosok baju, beli makan minum, call organiser, kejut bangun, masak maggi, check in flight, bawa aku keluar dari crowd, backup kalau ada netizen gila kecam, I can say that tunang dia bukan sahaja akan ambil kakak aku. Tapi girlfriend aku. My freaking girlfriend yang dulu carry aku naik bmx warna biru dekat flat sri pulau pinang masa aku kecil dulu sampai jatuh lebam kepala. My freaking girlfriend yang sanggup bodohkan diri dia demi buat aku gelak. My freaking girlfriend. Yes, semua dialah. Ini pun dia cakap merajuk sebab aku tak buat any appreciation post pasal dia. Bukan sebab apa, aku rasa family adalah aku punya final thing yang aku nak public tahu sebab diorang jelah my very last big thing yang aku nak reserve untuk aku je. Tu pasal masa haritu kes kena kecam bagai tu, orang tak tahu yang dia ni kakak aku. Tapi tak apalah. A little posting won’t hurt orang kata. Bangang ah, aku sedih. Selamat bertunang, kak.
A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on
Terdahulu, Naim sebelum ini tidak pernah mendedahkan hal berkaitan keluarganya kepada umum sebelum timbulnya salah faham yang mendakwa penyanyi ini bakal bertunang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live