Kehebatan lakonan Fezrul Khan yang membawakan watak Zaid dalam drama Bukan Syurga Pilihan ternyata berjaya memberikan impak kepada penonton.

Ini kerana rata-rata mereka meluahkan rasa geram dan sakit hati dengan perangai Zaid selain melabelkannnya sebagai seorang lelaki gila talak.

Tidak cukup dengan itu, Zaid juga merupaka seorang kaki pukul dan sering melakukan keganasan terhadap isterinya, Tihani Zahira lakonan Nadiya Nisaa.

Disebabkan itu juga ada penonton tidak dapat mengawal perasaan sehingga mengeluarkan kata-kata kecam akibat terlalu geram dengan Zaid.

Bagaimanapun penonton juga memuji pihak produksi kerana bijak memilih pelakon yang boleh membawakan watak tersebut dengan baik.

Antara komen penonton:

“Ni ke penyakit gila talak? Tula masa marah terus nak cerai talak 3,”

“Fezrul Khan ni kalau berlakon buat sakit hati jelah!”

“Hari-hari sakit dada tengok cerita ni, tapi tunggu jugak setiap hari hahaha,”

“Fezrul Khan kalau berlakon fuh! Salah satu pelakon yang memang best! Yang betul-betul menjiwai watak. Kadang-kadang nak je cepuk sebab watak antagonis dia tu,”

A post shared by Fezrul Khan Junaidi ™️ (@fezrulkhan)


Selain Fezrul dan Nadiya Nisaa, drama ini juga dibintangi Ungku Ismail, Aishah Ilias dan Azizah Mahzan.

Jadi apa agaknya yang berlaku dalam episode seterusnya?

Saksikan Bukan Syurga Pilihan ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang secara eksklusif di Astro Prima (105) dan boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.

Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.