,
Hiburan

“Masa Nak Ambik Anak Sekolah Saya Rasa Macam Tiada Seurat Benang Kat Badan” – Zila Bakarin Nekad Bertudung

Fiza Kamarudin
14/07/2020
16:00 MYT
Pelakon Zila Bakarin mengakui sudah berhijab dan keinginan tersebut datang sendiri tanpa pendapat atau paksaan mana-mana pihak.
Imbas kembali saat hatinya mula terdetik untuk mengenakan hijab, Zila berkata ia berlaku secara tiba-tiba ketika mahu mengambil anaknya di sekolah.
“Semasa nak keluar ambik anak dari sekolah, saya rasa macam tiada seurat benang kat badan sedangkan saya pakai sweater dan jeans. “Saya pergi kat kereta dan tiba-tiba rasa sejuk. Saya ulang alik keluar rumah pun rasa yang sama. Sampailah kali ketiga saya masuk rumah, dan terus terdetik untuk pergi ke laci dan ambik selendang dan terus pakai.
“Bila keluar rumah terus rasa macam selamat je,” katanya.
Dalam pada itu, Zila turut berkongsi penglibatannya dalam program “Jom Celik Al-Quran” anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ).
Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin berkata, program ini adalah perkara yang tidak dirancang.
Tambahnya, penglibatan dalam program tersebut adalah bantuan daripada Adam Corrie, walaupun berasa takut untuk menerima tawaran MAIWP pada mulanya. Bagaimanapun Zila tidak mahu tidak mahu menangguhkan perkaran yang baik dan terus menerima tawaran tersebut.
Pelakon antagonis ini juga merupakan salah seorang rakan selebriti yang dilantik sebagai IKON bagi tersebut.
Program ini merupakan salah satu tanggungjawab fardhu kifayah MAIWP dalam memastikan umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan boleh dan mahir membaca Al-Quran sekurang-kurangnya bacaan surah yang menjadi rukun dalam solat.
Dengan slogan “Dari Buta Ke Celik Al-Quran”, sebanyak 3 kategori program pengajian akan dilaksanakan iaitu kelas ibtida’i atau kelas asas, kelas tahsini, dan Kursus Latihan Tenaga Pengajar (TOT).
Sumber: murai.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kerap Kongsi Foto Bertudung, Fasha Sandha Rasa Diri Banyak Kekurangan - “Saya Faham Ramai Sukakan…”

gempak
12/11/2024
02:55 MYT
Perkongsian foto dan video di laman sosial memperlihatkan pelakon Fasha Sandha mengenakan hijab mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Hiburan

Tegur Ameera Khan Pasal Tudung, PU Riz Dapat Pujian Netizen -”Berhalus Tegur..Bagus”

gempak
11/11/2024
07:55 MYT
PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail menegur Ameera dengan lembut ketika adik iparnya itu menyelak tudung bagi menerangkan mengenai material jubah yang digayakannya.
Hiburan

Selesa Dengan Gaya Tudung 'Awning' Tinggi, Hetty Koes Endang Rimas Fesyen Tudung Berlilit-Lilit

gempak
08/11/2024
08:55 MYT
Sebut sahaja bunda Hetty Koes Endang pastinya kita membayangkan fesyen tudung ikoniknya dengan 'awning' tinggi di depan.
Hiburan

Alya Iman Mohon Maaf, Akui Kesilapan - "Saya Memang Nak Bertudung, Kali Ni Biarlah Saya Betul-Betul Sedia"

gempak
29/10/2024
23:55 MYT
Pelakon Alya Iman memberitahu dia hanya akan bertudung apabila dirinya benar-benar bersedia pada kali ini.
Hiburan

Pernah 'On Off' Pakai Tudung, Ameera Khan Harap Akan Istiqamah Jika Kembali Berhijab - "Apa Yang Saya Boleh Katakan Sekarang..."

gempak
28/10/2024
00:55 MYT
Adik kepada Neelofa yang juga pempengaruh media, Ameera Khan mendedahkan dia belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya.
Unitar