Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Masa Nak Ambik Anak Sekolah Saya Rasa Macam Tiada Seurat Benang Kat Badan” – Zila Bakarin Nekad Bertudung

Fiza Kamarudin
14/07/2020 16:00 MYT
Pelakon Zila Bakarin mengakui sudah berhijab dan keinginan tersebut datang sendiri tanpa pendapat atau paksaan mana-mana pihak.

Imbas kembali saat hatinya mula terdetik untuk mengenakan hijab, Zila berkata ia berlaku secara tiba-tiba ketika mahu mengambil anaknya di sekolah.

“Semasa nak keluar ambik anak dari sekolah, saya rasa macam tiada seurat benang kat badan sedangkan saya pakai sweater dan jeans.

“Saya pergi kat kereta dan tiba-tiba rasa sejuk. Saya ulang alik keluar rumah pun rasa yang sama. Sampailah kali ketiga saya masuk rumah, dan terus terdetik untuk pergi ke laci dan ambik selendang dan terus pakai.

“Bila keluar rumah terus rasa macam selamat je,” katanya.

Dalam pada itu, Zila turut berkongsi penglibatannya dalam program “Jom Celik Al-Quran” anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ).

Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin berkata, program ini adalah perkara yang tidak dirancang.

Tambahnya, penglibatan dalam program tersebut adalah bantuan daripada Adam Corrie, walaupun berasa takut untuk menerima tawaran MAIWP pada mulanya.

Bagaimanapun Zila tidak mahu tidak mahu menangguhkan perkaran yang baik dan terus menerima tawaran tersebut.

Pelakon antagonis ini juga merupakan salah seorang rakan selebriti yang dilantik sebagai IKON bagi tersebut.

Program ini merupakan salah satu tanggungjawab fardhu kifayah MAIWP dalam memastikan umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan boleh dan mahir membaca Al-Quran sekurang-kurangnya bacaan surah yang menjadi rukun dalam solat.

Dengan slogan “Dari Buta Ke Celik Al-Quran”, sebanyak 3 kategori program pengajian akan dilaksanakan iaitu kelas ibtida’i atau kelas asas, kelas tahsini, dan Kursus Latihan Tenaga Pengajar (TOT).

Sumber: murai.my

#Tudung #Zila Bakarin #Imej Baru
;