“Masa Ni Rentung Dua-Dua” – Comelnya! Izreen Throwback Foto Dengan Neelofa, Asyik Kena Khutbah Sebab…

Mya Amri
April 16, 2020 13:32 MYT
Pelakon Izreen Azminda berkongsi foto lama bersama dengan pengacara dan usahawan, Neelofa.
Izreen memuat naik foto tersebut khas buat tatapan peminatnya menerusi akaun Instagram miliknya.
Mengimbas kembali kenangan mereka, Izreen memberitahu banyak ilmu yang dikongsi Neelofa sepanjang mereka menjalani penggambaran bersama.
“Kenangan dengan cik Lofa kita... Masa ni rentung dua-dua... Banyak kenangan dengan dia masa ni. Salah-satunya aku kena dengaq khutbah dia tengah-tengah malam buta sebab tumpang kereta dia dari lokasi balik ke hotel (baru ingat nak tdoq).
“Banyak ilmu yang dia kongsi. Banyak cerita yang menarik perhatian aku. Banyak rahsia… Jeng, jeng jeng. Haish kenangan betul,” coretnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan pujian kepada dua selebriti tersebut.
“Neelofa muka macam budak sekolah menengah je,” komen Anafiz.
“Suka tengok cerita kak Izreen (Kerana Terpaksa Aku Relakan), kadang-kadang lawak pun ada,” tulis syafinasfinaz.
Terdahulu, Izreen dan Neelofa pernah bergandingan bersama menerusi telemovie Wan Embong pada tahun 2015.
#Izreen Azminda #Neelofa