Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Masa Ni Tembam Sampai Orang Ingat Saya Hamil...”- Berat Siti Sarah Naik 65 Kg!

Syafiqah Jalal
28/01/2020 04:31 MYT
Penyanyi Siti Sarah mendedahkan berat badannya pernah naik sehingga 65 kilogram (kg).

Ketika beratnya naik mendadak, Siti Sarah berkata ada pihak menyangka dia sedang hamil.

“Masa ni tembam sangat sampai orang ingat saya hamil. I am not pregnant I was just fat. Kulit pun sun burn teruk.

“Tak sangka berat mencapai sampai 65 kg! Dah la tembam pendek pulak tu.. Tapi tetap gigih nak cantik ,” tulisnya.

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video sedang melakukan tutorial solekan.

Entri tersebut mendapt perhatian pengikutnya yang akui perubahan beratnya membuatkan wajahnya semakin comel.

Hasil perkongsian hidup dengan Shuib, mereka memiliki tiga anak, Uwais Alqarni, 7; Dzahira Talita Zahra, 4, dan Ariq Matin, 2.

Masa ni tembam gile sampai org ingat saya hamil .. in not pregnant I was just fat?‍♀️?‍♀️... n kulit pun sun burn teruk ?‍♀️ .... tak sangka berat mencapai sampai 65 kg!! Dah la tembam pendek pulak tu.. Tapi tetap gigih nak cantik .. pakai @ratasyacosmetics .. sebab kecantikan milik semua insan ....

A post shared by Dap..Dap..Dap..? (@sitisarahraissuddin) on

#Penyanyi #Siti Sarah #Hamil #Hamil #Penyanyi #Berat
;