“Masa Nikah Sekali Lafaz Je…”- Azah Aziz Minta Suami Lafaz Akad Sempena Anniversary Ke-24

Syafiqah Jalal
Januari 9, 2019 10:30 MYT
Pelakon Azah Aziz menyambut ulang tahun perkahwinan ke- 24 pada 7 Januari lalu.
Sempena sambutan ulang tahun perkahwinannya itu, Azah meminta suaminya Daud Leroy Abdullah melafazkan kembali akad nikah seperti ketika mereka disatukan dahulu.
Mengimbau kembali kenangan di hari pernikahannya, Azah mendedahkan suaminya yang merupakan lelaki Inggeris itu melafaz akad nikah dalam Bahasa Melayu hanya sekali sahaja.
“Today is our 24th wedding Anniversary Alhamdulillah more years to come, masa nikah sekali jeer lafaz nii dah tue 2 kali baru sah,” tulisnya.
Kongsi Azah menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut, Azah turut memuat naik video sambutan ulang tahun tersebut.
Rata-rata terhibur melihat Daud yang tersasul ketika cuba melafazkan kembali akad nikah mereka.
Azah dan suami mendirikan rumah tangga pada 1994 dan telah dikurniakan tiga anak lelaki, Aaron, 22, Ryan, 15, dan Justin, 13.
#Nikah #Anniversary #Azah Aziz #Ulang Tahun Perkahwinan