“Masa Operate Buang Gigi...” - Wawa Zainal Tunai Impian Anak Buat Gigi Palsu
Mya Amri
15/04/2021 00:25 MYT
15/04/2021 00:25 MYT
Pelakon Wawa Zainal akhirnya menunaikan hasrat anak keduanya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa untuk memiliki gigi yang cantik.
Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Wawa berkongsi Hayla telah melalui prosedur untuk memasang gigi palsu sama seperti orang dewasa.
Hantaran itu juga disertakan dengan video pendek yang merakamkan gelahat Hayla sebelum dan selepas melakukan pembedahan membuang gigi.
“Akhirnya impian Hayla menjadi kenyataan. Cun tak @haylaadzkiya ada gigi?
“Macam Attar, Wawa tak pasang gigi memandangkan dia pun dah 8 tahun. Jadi biar je tumbuh sendiri. Hanya buang gigi yang dah rosak sahaja.
“Untuk Hayla, Wawa buat crown dan gigi palsu macam orang tua ni ha apa entah nama dia.
“Dan kedua-duanya kena ambil GA (ditidurkan) masa pembedahan buang gigi. Alhamdulillah selepas dorang bangun tak ada rasa sakit pun,” kongsinya.
Selain itu Wawa juga memberitahu disebabkan anak-anaknya tidak memiliki gigi yang cantik, dia pernah dituduh tidak pandai menjaga gigi mereka.
“Korang yang ada anak gigi rosak jangan down tau. Wawa pun habis kena tuduh tak pandai jaga gigi anak. Padahal gosok je dua kali sehari. Cuma silapnya lambat jumpa dentist je hehe,” tulisnya.
Sebelum ini Wawa dan Aeril mendapat perhatian netizen kerana kedua-dua anaknya dikatakan mengalami gigi yang bermasalah.
Wawa dan Aeril telah berkahwin pada tahun 2013 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6 dan Aya Soffya, 2 tahun.

#Wawa Zainal
#Doktor gigi
#Dentist
#Gigi Palsu
#Gigi Palsu Anak
#Hayla
#Hayla Maghfiratul Adzkiyaa
#Tunai Hasrat Anak
#Tunai Impian Anak
#Gigi Rosak