Laman Utama

“Masa Orang Tidur, Logik Ke Saya Tengah Live?” – Siti Nurhaliza

gempak
Mya Amri
09/02/2021
03:50 MYT
Sponsor Banner
“Masa Orang Tidur, Logik Ke Saya Tengah Live?” – Siti Nurhaliza
Penyanyi popular tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak terpedaya dengan akaun palsu yang menggunakan namanya.
Siti menerusi kemaskini terbaharu di akaun Instagramnya, Siti meluahkan rasa kesal apabila ada individu menawarkan ganjaran kepada mereka yang menonton siaran langsung dengan menggunakan video dan imejnya.
“Tolong jangan terpedaya, mereka siarkan video live saya seolah-olah saya benar-benar live ketika itu dan menganjurkan peraduan dan macam-macam ganjaran.
“Mereka akan minta segala maklumat diri anda dan anda ditipu!!! Ini scammer!
“Mereka live masa orang tidur, logik ke saya tengah live? Boleh tengok dekat IG atau Fb page saya, @ctdk ini dan Siti Nurhaliza (page), ini sahaja akaun rasmi sosial media saya.
“Walaupun mereka tag live ini di FB Page saya tapi jika kita alert tentang penipuan ini dan berfikir, tentunya kita tak akan terpedaya.
“Kepada anda yang menggunakan gambar, nama, video dan menyamar serta menipu orang ramai, saya berharap anda insaf dan hentikan perbuatan ini.
“Hari ini kita seronok menipu orang, satu lagi tentu ada balasannya di atas semua perbuatan kita itu.
“Kepada peminat, pengguna media sosial, tolong berfikir sebelum percaya dengan penipuan seperti ini.
“Bantu saya untuk menyedarkan lebih ramai orang, hebahkan bahawa ini adalah penipuan dan jangan terpedaya!” tulisnya.
Sebelum ini, Siti juga telah menjadi mangsa peniuan akaun palsu dan memberikan amaran kepada pihak tidak bertanggungjawab itu untuk memadamkan akaun tersebut.
BACA: “Ini Bukan Saja Fitnah Tetapi Reputasi Saya… Padam Akaun Atau…!” – Siti Berang Scammer Ambil Kesempatan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024