Pelakon dan pengacara Diana Amir mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.

Berita gembira tersebut dikongsi Diana menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.

Memasuki usia 12 minggu kehamilan, sebelum ini Diana sempat menyertai misi kemanusiaan ke Bosnia.

Alhamdulillah ?? !! . . Masa pi Bosnia haritu utk @misija4bosnia ada jugak rasa takut dalam hati nakpi sebab tgh pregnant, tapi tawakal pada Allah untuk jaga keselamatan baby . . setakat ni semua nampak normal?? Baby pun dok melompat2 je happy nak tunjukkan diri kat mummy aaa?? hehehe, Khawlah nampak happy mula2 nak tgk adik, pastu jadi takut , “kenapa adik kaler biru ?? “ , khadija pulak muka camni ? hahahhaa die taktau pape lagi , bosan duduk dlm bilik doktor kot . . yayy awak nak jadi kakak khadija!! ?? . . Doakan semuanya dipemudahkan, anak yg soleh dan sihat, penyejuk mata dan hati, pengikat kasih sayang Diana dan suami in sya Allah ❤️❤️ . . #12weekspregnant

A post shared by D I A N A A. (@dianaamir) on


Di ruangan komen, rata-rata peminat gembira dengan berita ini dan berdoa agar Diana bakal melalui proses kehamilan yang mudah.

Pengacara rancangan Bismillah Ad-Dhuha ini bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Mohd Habibullah A. Rahman pada 26 Oktober 2013.

Hasil perkahwinan, mereka memiliki dua cahaya mata perempuan iaitu Khaulah Al Azwar, 3 dan Khadija Azzehra, 1.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Diana