Hiburan
"Masa Pergi Bosnia Hari Tu Ada Juga Rasa Takut Dalam Hati Sebab Tengah Pregnant" - Diana Amir Hamil Anak Ketiga
Pelakon dan pengacara Diana Amir mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.
Berita gembira tersebut dikongsi Diana menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.
Memasuki usia 12 minggu kehamilan, sebelum ini Diana sempat menyertai misi kemanusiaan ke Bosnia.
Di ruangan komen, rata-rata peminat gembira dengan berita ini dan berdoa agar Diana bakal melalui proses kehamilan yang mudah.A post shared by D I A N A A. (@dianaamir) on
Pengacara rancangan Bismillah Ad-Dhuha ini bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Mohd Habibullah A. Rahman pada 26 Oktober 2013.
Hasil perkahwinan, mereka memiliki dua cahaya mata perempuan iaitu Khaulah Al Azwar, 3 dan Khadija Azzehra, 1.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Diana
Must-Watch Video