"Masa Senang The Public Always Supported Us, Bila Susah.." - Cef Wan Pesan Jangan Obses Kejar Kekayaan
Faizal Saharuni
14/07/2021 06:50 MYT
14/07/2021 06:50 MYT
Tidak dapat turun padang menjayakan seruan #BenderaPutih akibat kondisi kesihatan kurang mengizinkan, cef selebriti, Cef Wan, 63, bagaimanapun tetap menyokong inisiatif pasukannya, De.Wan 1958 menghulurkan bantuan berupa makanan kepada pihak memerlukan.
Menerusi hantaran di Instagram milik beliau, @_chefwan58 melahirkan ucapan terima kasih kepada tenaga kerja terlibat dalam menjayakan misi bantuan itu terus kepada rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
“I don’t want semasa senang the public always supported us bila susah ini bayang kita pun tak nampak,” ujarnya terisi maksud mendalam.
Sinonim dengan sikap dermawan, beliau memperuntukkan sejumlah wang daripada pendapatan bulanan sendiri bertujuan disalurkan kepada pelbagai rumah kebajikan sejak dulu lagi.
Enggan dibayangi perasaan tamak dan obses terhadap wang ringgit semata, bapa tunggal kepada dua cahayamata itu meletakkan kesederhanaan sebagai asas kehidupan.
“I don’t need a lot of money for myself too. Makan sikit-sikit cukuplah. Even if I am hungry I still have berpuluh-puluh of my Chefs or my close friends to feed me,” ujar beliau.
Mengungkap persoalan apalah erti hidup dikelilingi kemewahan jika tanpa berusaha menyumbang kebajikan di akhirat.
“In life you cannot be greedy and obsessed by wealth,” nasihat beliau agar kita tidak leka mengejar soal harta dunia sehingga amalan berbuat baik sesama manusia terabai.
Sebelum mengakhiri entri, beliau sempat memberi perkongsian kepada wargamaya bahawa janji Allah tidak akan memiskinkan manusia yang suka memberi atau bersedekah. Hantaran itu mendapat jumlah 20,708 tanda suka daripada peminat.