"Masa Shooting Pun Saya Terasa 'Benda' Tu Datang Dekat Saya" - Pengarah Pusaka

Kamaruddin Razal
November 21, 2019 11:21 MYT
Pengarah Razaisyam Rashid berkongsi pengalaman seram mereka ketika menjalani penggambaran filem Pusaka.
Cerita terbabit dikongsikan oleh Razaisyam menerusi salah satu sesi temu bual 'behind the scene' filem Pusaka.
Laman sosial Instagram rasmi Astro Shaw berkongsi potongan video tersebut dan ia telah dimuat naik beberapa hari lalu.
Berikut merupakan video perkongsian Razaisyam dan pelakon filem Pusaka, Hafidz Roshdi:
Masih hangat ditayangkan di pawagam, filem Pusaka berjaya meraih lebih RM11 juta dalam masa 18 hari tayangan!
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.
#Pusaka #Filem Pusaka