"Masa Susah Dulu, Family Dia Pernah Offer Aku Pergi Belajar Sekali Di US, Tapi ....." - Afdlin Shauki Throwback Kenangan Dengan Ako Mustapha
Rozaimi Zubaidi
15/03/2019 04:41 MYT
15/03/2019 04:41 MYT
Penerbit dan pelawak Datuk Afdlin Shauki mengakui bersyukur apabila dikurniakan seorang kawan yang sanggup susah dan senang bersama dirinya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Afdlin berkongsi kisahnya bersama rakan baiknya iaitu pelakon Ako Mustapha.
"Biar aku berkata-kata sedikit tentang persahabatan. Persahabatan superficial banyak pada ketika ini tapi persahabatan sebenar memang susah utk kita cari.
"Ako Mustapha adalah kawan baik aku sejak kecil dulu. Masa family aku susah dulu family dia pernah offer aku pergi belajar dengan Ako sekali di US, tapi aku tak ambil pasal aku rasa family aku tak mampu nak tampung belanja makan aku disana walaupun semua kos lain family Ako tanggung.
"Bila dewasa dan kita berkahwin dgn sayang-sayang kami, kami lost touch seketika dalam cuba mencari haluan hidup. Sekarang ni tiba-tiba kawan baik aku muncul kembali dan setelah mendengar kisah suka duka kami, kami mengambil keputusan untuk bekerjasama kembali untuk saling membantu.
"Kini anak-anak Ako macam anak aku sendiri, family dia macam family aku. Kita akan bermula dari bawah kembali akan tetapi kami akan mencapai impian kami untuk berjaya dan memberi manafaat kepada orang.
"True friends will have each others back no matter what. And I will stay true to my friends and family. I will still believe in kebaikan dalam manusia walaupun dunia ni dipenuhi dengan orang-orang yang kita kena doakan mereka di beri hidayah. Peace+love," tulisnya.
Rata-rata mengakui tersentuh dengan perkongsian yang dilakukan oleh Afdlin dan mereka mendoakann agar dia serta Ako akan lebih berjaya selepas ini.