Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Masa Tengok Jenazah Tu Mata dia Terbuka Separuh, Tapi..." - Amyzaa Aznan Syukur Dapat Melihat Jenazah

Badrul Hashim 19/03/2020 | 00:33 MYT
Kehilangan seorang sahabat sejati yang sudah seperti saudara sendiri pastinya meninggalkan kesan yang sangat dalam.
Begitulah yang terjadi kepada pelakon Amyzaa Aznan apabila mengetahui teman rapatnya penyanyi dan pelakon Myanaliza Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari meninggal dunia.
Allahyarharmah dikatakan meninggal dunia selepas bertarung dengan sakit kanser.
Baca: Maya Matahari Meninggal Dunia
"Assalamulaikum. Kak Kaaia berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Jenazah telah dibawa ke sini. Insya-Allah jenazah akan diselesaikan dan diuruskan esok pagi (pagi ini) dan akan bawa ke Machap, ke kampung Allahyarhamah.
"Syukur Allahmdulillah akhirnya Kak Kaaia dapat juga berjumpa dengan Allahyarhamah.
"Masa tengok jenazah tu memang mata dia terbuka separuh, tapi Alhamdulilah selepas Kak Kaaia bisik kat telinga dia, Maya, Mija datang, dia tutup rapat mata dia lepas tu," kata Amyzaa yang tidak dapat menahan sebak.
Amyzaa banyak menyimpan rahsia Allahyarhamah Maya dan tidak pernah sesekali berkongsi dengan sesiapa sahaja.
Baca: "5 Hari Dalam ICU, Operate Buang Air Bertakung Kat Jantung" - Amyza Aznan Kongsi Mesej Arwah Maya Matahari, Jaga Rahsia Sakit
Tambah Amyzaa, dia bersyukur kerana diberi peluang berjumpa walaupun hanya jasad yang tidak bernyawa.
"Akhirnya dapat jumpa walaupun dia dah tidak bernyawa. Tapi takpa dapat juga jumpa, hilang rindu," ucap Amyzaa dalam satu video yang dimuat naik ke Instagramnya.
Tambah Amyzaa lagi, sudah 13 tahun mereka tidak bersua, dan dia bersyukur kerana dia dan Didie Alias masih sempat 'berbicara' dengan jasad yang terbujur.
"Terima kasih sahabat, kau tunggu aku dan DD orang terakhir sampai. Terubat rindu. Walaupun hanya dapat berbicara dengan jasad.

Tetima kasih sahabat,kau tunggu aku dan dd org terakhir sampai.terubat rindu...Walaupun hanya dpt berbicara dgn jasad..13 tahun aku tak jmpa kau.... Info terkini: jenazah telah dipindahkan dari park city medical centre ke PPUM. dam skrg kenazah telah selamat sampai ke hospital PPUM. segaa urusan akan dilakulan esok pagi dan jenazah akan di bawa pulang ke kampung halaman, machap,johor. ALFATEHAH MYANALIZA BT RUSLEE 13MAY1976 -18 MARCH 2020 #sahabathinggaakhirnafas

A post shared by KAAIA (@amyzaaznankaaia) on

Al-Fatihah Myanaliza Bt Ruslee
13 May 1976 - 18 Mac 2020
#sahabathinggaakhirnafas
#Maya Matahari #Amyzaa Aznan
;