Berita

"Masa Tu Baru Buat Recording, Jadi Extra Berlakon Dengan HVD Drama Pendekar" - Nurul Wahab

gempak
Elrafaei Sapi
13/02/2019
14:25 MYT
Sponsor Banner
"Masa Tu Baru Buat Recording, Jadi Extra Berlakon Dengan HVD Drama Pendekar" - Nurul Wahab
Penyanyi popular, Nurul Wahab mengimbau nostalgia menaiki bas mini yang pernah menjadi pengangkutan utama penduduk Kuala Lumpur suatu ketika dulu.
Menariknya, dia bersama keluarganya turut mengabadikan kenangan tersebut dengan bergambar di hadapan sebuah bas mini lama yang dipamerkan di Muzium Negara.
"Sapa ingat bas mini ni? Kami dulu mai kl ja duduk kt bandar baru sentul dengan family kak farah yangs atu sekolah dnegan kami di sekolah bakti tasek gelugoq dulu," katanya menerusi status terkini di Instagramnya, @nouruldepp hari ini.
Nurul yang kini sarat mengandung juga berkongsi kisah silam dengan netizen di media sosial bagaimana dia memulakan karier seni sebagai pelakon tambahan.
"Lepas tu pindah dok dato senu. Lepas tu pindah lagi. Dok cheras pulk. Ni semua cerota sebelum bermulnya karier menyanyi kami. Masa tu baru dok buat recorsing dan dok jadi extra berlakon dnegan #hvd drama pendekar semua tu.
"Banyak sungguh kenangan bas mini. Itu lah public transport yang kami naik dulu masa awal duduk di kl ni," katanya sambil meminta netizen berkongsi kisah mereka bersama bas mini.
Netizen tampil memberi komen sambil bercerita pengalaman lalu mereka menaiki bas mini tersebut.
"Ingat lagi .. selagi muat depa suruh masuk dalam ... rasa nak penampaq je yg suruh masuk dalam lagi tu... sbb dia sedap2 dapat angin dok kat pintu bas tu," kata netizen yang dikenali sebagai @wanniewan223.
Begitu juga netizen @emgeegal menceritakan pengalaman sendiri pada masa itu walaupun lambat ke tempat kerja tapi bas mini tetap jadi pilihan.
"Dulu nak pi keja if dah lewat.. bas mini to d rescue..punyalaaa lajuuuu.. confirm sampai on the dot," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @nouruldepp
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live