Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Masa Tu Cuak & Clueless Sungguh..." - Misha Omar Imbas Detik Lahirkan Anak

Asraf Aided
24/10/2019 09:23 MYT
Penyanyi popular, Misha Omar berkongsi sekeping foto 'throwback' yang diambil selepas dia melahirkan anaknya, Idris.

Perkongsian itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Misha, dia berasa cuak dan tergamam ketika malam pertama berada di hospital selepas bersalin.

"Gambar wefie kami ni diambil selepas Kak Mitch lahirkan Idris.

"Malam pertama bermalam di HUKM time tu..cuak dan clueless sungguh..what a memory," tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Misha turut memberitahu, Kakaknya Mimie Omar sentiasa menemannya ketika berada di hospital tersebut.

"Tiada dalam gambar, @mimieomar peneman setia ke tandas beberapa kali selepas bersalin..seram! Hahaha ibu-ibu pasti faham," tambahnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon mesra, ada juga yang mengatakan Misha masih kelihatan cantik meskipun selepas bersalin dan tidak bersolek.

Apahal google photos keluarkan gambar ni @firosezzwan ?? Hahahhaa..gambar wefie kami ni diambil selepas kak mitch lahirkan Idris... malam pertama bermalam di HUKM time tu..cuak dan clueless sungguh.. What a memory ??? tiada dalam gambar , @mimieomar peneman setia ke tandas beberapa kali selepas bersalin..serammmm!!! Hahahahhaha..ibuk2 pasti paham...Terimalah gambar kenangan muka kak mitch,sebesar piring hitam...????

A post shared by Misha Omar (@mishaomar) on


Imbas kembali, Misha mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Firos Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014.

Pasangan ini memliliki seorang cahaya mata iaitu Idris dan dua orang anak angkat, Muhammad Adam Emir dan Humaira Lateefa.
#Misha Omar
;