Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
VIRAL

"Masa Tu Umur 6 Tahun, Dalam Bas Ada Mamat Duk Tengok Kami, Punyalah Takut Sampai ..." - Nourul Depp

Amri Hassan 23/08/2019 | 09:06 MYT
Susulan isu pedofilia yang sedang menjadi buah mulut ramai, penyanyi Nourul Depp berkongsi pengalamannya yang pernah ditenung lelaki tidak dikenali ketika berusia 6 tahun.
Kata Nourul ketika itu dia memberanikan diri untuk keluar ke kawasan bandar untuk membelikan susu buat adiknya yang masih kecil.
"Bila duk dengar cerita pedofilia ini semua, teringat masa kecil dulu.
"Suatu hari mak suruh pergi beli susu sebab kat kampung sudah habis. Ada di Tasek Gelugor je.
"Masa tu kami umur 6 ke 7 tahun. Mak nak pergi tak boleh, adik kecil-kecil lagi. Ada saya sahaja yang boleh bantu," tulisnya menerusi catatan thread di Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah Nourul, perjalanan itu mengambil masa selama 20 minit dan dia dipesan oleh ibunya ketika itu untuk tidak memandang muka sesiapa dan menjerit sekuat hati sekiranya berlaku perkara tidak diingini.
"Mak pesan jangan cakap dengan siapa-siapa, jangan tengok kiri kanan, kalau sesiapa nak buat apa-apa jerit kuat-kuat.
"Dalam bas nak balik ada seorang mamat ni duk tengok saya. Punyalah saya takut, masih ingat perasaan itu!
"Pegang plastik susu tu punyalah kuat sampai nak berpeluh-peluh. Sebelah pegang plastik, sebelah pegang besi kerusi bas.
"Cuma pandangan mamat yang agak berusia tu buat kami cemas. Diam je. Tengok ke depan, duduk pun kat kerusi depan belakang driver.
"Sampai kampung, tekan loceng turun bas. Lari laju-laju, sampai ja mak tengok muka saya pucat.
"Saya selamat sampai dengan plastik penuh peluh sebab takut nak tercirit seorangdiri apabila kena tenung dek lelaki.
"Alhamdulillah kami tidak mengalami masalah bagaimana ada sesetengah kanak-kanak yang digoda dan dicabul kehormatannya oleh lelaki binatang yang gila," tambah Nourul lagi.
Prihatin dan bersimpati atas nasib yang menimpa mangsa yang masih kecil, pelantun lagu Kerana Terluka itu berpesan kepada ibu bapa agar sentiasa memantau dan cakna terhadap persekitaran semasa.
"Dulu lain. Mungkin ada tapi tak gila macam zaman sekarang.
"Hati-hati ibu bapa sekalian. Perhatikan anak-anak, tak kira lelaki atau perempuan," ujarnya.
Kisah pedofilia menarik perhatian ramai apabila seorang pesalah lelaki dibawa pulang ke Malaysia selepas ditahan oleh pihak berkuasa luar negara atas tuduhan terbabit.
Foto: Carian Google
#Viral #Viral #Nourul Depp #Pedofilia