Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Masa Untuk Kulit Nampak Lebih Glow & Fresh! Jom Guna Hada Labo Hydrating Lotion + Cera Serum Dengan Dua Cara

Asyikin Mayudin
23/12/2022 11:25 MYT
Tak lama lagi nak musim perayaan tapi wajah pula kusam dan tak bermaya…

Jangan risau… sebab Hada Labo Hydrating Lotion + Cera Serum kan ada untuk menyerikan wajah anda ketika bertemu dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Memiliki kulit berseri tanpa cela pastinya penting sebagai persediaan untuk semua acara perayaan yang akan datang ini.

Mudah saja… ini dua langkah dalam seni penjagaan muka yang semua orang wajib pakai untuk dapatkan ‘glow skin’.

Langkah 1: Selepas membersihkan wajah, hanya tepuk Hada Labo Hydrating Lotion pada wajah anda.

Langkah 2: Selepas memakai Hada Labo Hydrating Lotion, sapukan pula Hada Labo HA Supreme Cera Hydrating Booster Serum.

Hanya mengikut dua langkah mudah ini saja, wajah anda pasti boleh mencapai cahaya semula jadi yang sihat, muka tidak berminyak dan pori-pori pun mengecil.

Bukan itu sahaja, kulit wajah anda pun akan menjadi lebih licin dan solekan juga akan bertahan lebih lama.

Gunakan dua produk ini sebelum memakai foundation, untuk solekan yang lebih licin dan tahan lama.

Kenapa perlu menggunakan Hada Labo Hydrating Lotion dan Hada Labo HA Supreme Cera Hydrating Booster Serum?

Hada Labo Hydrating Lotion membantu untuk mengunci kelembapan dan mengimbangkan minyak serta air selain turut mengecilkan liang pori.

Ia juga dapat meningkatkan keserian wajah secara semula jadi, meningkatkan keanjalan dan wajah yang licin serta turut meningkatkan penyerapan untuk penjagaan kulit seterusnya.

Menariknya, produk ini juga dapat membuatkan solekan bertahan lebih lama dan tidak pecah.

Ini disebabkan bahan utama yang digunakan adalah 5 Asid Hyaluronik dengan tambahan Asid Hyaluronik Fermentasi baru yang meresap jauh ke dalam kulit untuk melembapkan setiap lapisan kulit dan memperbaiki penghalang kulit.

Manakala bahan-bahan yang digunakan dalam Hada Labo HA Supreme Cera Hydrating Booster Serum pula mujarab dan dapat menyelesaikan masalah kulit dengan lebih cepat daripada serum biasa.

Malah, ia dapat menembusi dan menghidrat secara mendalam, mengetatkan pori-pori besar, menguatkan penghalang kulit dan menyediakan penghidratan dalam 24 jam.

Bahan-bahan utama yang digunakan ialah 4 jenis Asid Hyaluronik dan Ceramide yang menghidratkan kulit serta-merta selain membentuk pelindung pengucian air malah mengelakkan kehilangan lembapan daripada kulit.

Untuk info lebih lanjut mengenai dua produk ini, anda boleh layari website Hada Labo Malaysia dan Facebook My Hada Labo.

#hadalabomalaysia #HadaLabo #HydratingLotion #SkinHydration #HadaLaboFestiveGlow #HaSupremeCera #HLHydratingCombo
;