Penyanyi dan pelakon Diddy Hirdy atau nama sebenarnya Syamsul Hirdy Muhid kini sedang membuat PhD di Univerity of Liverpool, United Kingdom.

Selepas kejayaannya menjadi salah seorang peserta yang dipilih untuk membentangkan kertas kerja di University of Bologna, Itali, Diddy terus mendapat kepercayaan pihak universiti.

Terbaru, dia ditawarkan untuk mengajar subjek 'Popular Music' kepada pelajar-pelajar yang mengambil jurusan ijazah dalam bidang muzik.

"Selain dapat kepercayaan pihak University of Liverpool, ini peluang saya untuk memperkenalkan muzik Malaysia kepada dunia," kata Diddy kepada Gempak.

Masih lagi terasa bahang #AJL33 yang baru melabuhkan tirai, Diddy membuka tirai pengenalan kepada student2 disini dengan popular music industry di Malaysia dengan memperkenalkan juara lagu tahun ini. Kalau tanya student2 ni, memang dorang tak familiar dengan Malaysian music - walaupun kita ramai penyanyi yang berjaya menembusi ke peringkat antarabangsa. Dikesempatan ini, Diddy gunakan peluang untuk dorang tahu yang kita punya bakat yang tak kurang hebatnya. Sekarang dorang dah tahu sikit sebanyak Juara lagu kita tahun ini, penyanyi kita seperti Dayang Nurfaizah dan Hael, juga komposer dan hasil karya seni kita. Sebenarnya ada dua lagu pilihan Diddy yang boleh jadi juara: Haram atau Sampai Bila. Tapi overall keputusan pada Diddy memuaskan. Biasa lah pertandingan yang bermain dengan subjectivity, the judging panel pun ramai dari pelbagai latarbelakang muzik, banyak aspect dinilai dan pada akhirnya memang bergantung pada rezeki. Berjaya sampai ke peingkat akhir di pentas yang berprestij ini pun sebenarnya adalah satu pengiktirafan besar dari industri. Tahniah kepada semua finalists dan semua karyawan muzik kita. Terima kasih juga pada TV3 yang konsisten memberi sokongan pada industri muzik dengan penganjuran AJL buat kali ke 33 ini. Untuk sahabat2 dalam industri muzik, teruskanlah berkarya dan meneruskan evolusi industri muzik Malaysia supaya lebih kompetitif dimata dunia dan mampu mencetuskan fenomena secara global. I am very optimistic that we can do it!

A post shared by Diddy Hirdy (@diddyhirdy) on


"Ramai yang tahu muzik KPop tapi kita juga ada ramai penyanyi yang membawa muzik kita ke peringkat dunia.

"Ini peluang saya untuk membuka mata mereka," jelas Diddy.

Untuk kelas pertamanya, Diddy mula memperkenalkan muzik Malaysia melalui lagu Haram nyanyian Dayang Nurfaizah dan Hael yang berjaya menjadi juara lagu baru-baru ini.