Hiburan
"Masa Untuk Mereka Kenal Muzik Kita!" - Diddy Mengajar Muzik Malaysia Kepada Pelajar Di University Of Liverpool
Penyanyi dan pelakon Diddy Hirdy atau nama sebenarnya Syamsul Hirdy Muhid kini sedang membuat PhD di Univerity of Liverpool, United Kingdom.
Selepas kejayaannya menjadi salah seorang peserta yang dipilih untuk membentangkan kertas kerja di University of Bologna, Itali, Diddy terus mendapat kepercayaan pihak universiti.
Terbaru, dia ditawarkan untuk mengajar subjek 'Popular Music' kepada pelajar-pelajar yang mengambil jurusan ijazah dalam bidang muzik.
"Selain dapat kepercayaan pihak University of Liverpool, ini peluang saya untuk memperkenalkan muzik Malaysia kepada dunia," kata Diddy kepada Gempak.
"Ramai yang tahu muzik KPop tapi kita juga ada ramai penyanyi yang membawa muzik kita ke peringkat dunia.
"Ini peluang saya untuk membuka mata mereka," jelas Diddy.
Untuk kelas pertamanya, Diddy mula memperkenalkan muzik Malaysia melalui lagu Haram nyanyian Dayang Nurfaizah dan Hael yang berjaya menjadi juara lagu baru-baru ini.