gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Kecoh Wanita Kahwin Dengan Jenazah
HIBURAN
Fitri Haris Dedah Wajah Anak, Pilih Nama Adwa Qalbi - “Puteri Kecil Ini Membawa Erti…”
BERITA
Nenek 92 Tahun Lakukan 200 Tekan Tubi & 100 Bangkit Tubi Setiap Hari
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba” - Syasya Rizal Cetus Teka-Teki, Netizen Spekulasi Hamil Lagi?

gempak
Amri Hassan
13/06/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
“Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba” - Syasya Rizal Cetus Teka-Teki, Netizen Spekulasi Hamil Lagi?
Perkongsian video ringkas oleh penyanyi dan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, di Instagram mencetuskan pelbagai reaksi serta teka-teki dalam kalangan peminat dan netizen.
Dalam hantaran tersebut, Syasya yang tampil anggun dalam busana serba putih memberi bayangan bakal berkongsi sesuatu yang telah lama dinantikan oleh para pengikutnya.
“Akhirnya… masa yang korang tunggu selama ni dah tiba. I am ready to share with you,” tulis Syasya, seolah-olah memberi petanda akan ada pengumuman besar tidak lama lagi.
View this post on Instagram
A post shared by ✨ SYASYA RIZAL ✨ (@syasya.rzl)
Ruangan komen segera dibanjiri pelbagai andaian, dengan ramai menjangkakan kemungkinan besar Syasya bakal membuat pengumuman kehamilan.
“Syasya pregnant lagi ke?” tulis seorang pengguna.
“I thought it was a baby reveal,” sahut seorang lagi.
“Sya… jangan macam ni dik. Scam another level ni. Dah patah hati kena tengok balik video,” gurau seorang netizen.
“Emotional song?” teka yang lain pula, mengandaikan mungkin lagu baharu bakal dilancarkan.
Sebelum ini, Syasya mengumumkan pengunduran rasmi daripada kumpulan Dolla pada 8 April lalu atas sebab peribadi. Tidak lama kemudian, beliau melangsungkan pernikahan bersama suaminya, Nasrullah, dalam majlis tertutup pada 21 April.
Setakat ini, tiada kenyataan lanjut dikeluarkan oleh Syasya, namun rata-rata peminat mengakui teruja dan tidak sabar menantikan apa sebenarnya yang bakal dikongsikan oleh penyanyi berbakat besar ini.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Viral
#Umum
#DOLLA
#Syasya Rizal
Must-Watch Video