Laman Utama

Masak Baby Kailan Pun Lucu, Ramai Gelak Ulasan Anzalna - “Dengar Suara Je Dah Terhibur, Next Cooking Show Please”

gempak
Mya Amri
04/08/2021
06:50 MYT
Sponsor Banner
Masak Baby Kailan Pun Lucu, Ramai Gelak Ulasan Anzalna - “Dengar Suara Je Dah Terhibur, Next Cooking Show Please”
Pelakon Anzalna Nasir mendapat perhatian netizen kerana coletehnya sewaktu memasak.
Menerusi video pendek yang dimuat naik di hantaran terbaharu akaun Instagramnya, Anzalna menunjukkan cara masakan sayur yang mudah dengan menggunakan baby kailan.
“Jom main masak-masak. Baby Kailan with Oyster sauce. Mudah dan sedap! Très bon!” tulisnya.
Bagaimanapun sebaik Anzalna memulakan sesi masakan, cara ulasan Anzalna yang kreatif dan lucu benar-benar membuat netizen geli hati.
Paling tidak disangka netizen apabila Anzalna secara spontan bertutur dalam Bahasa Perancis.
Disebabkan terhibur dengan gelagat Anzalna, ramai yang memberikan pendapat agar aktres cantik itu membuat rancangan masakan sendiri di Instagram dan juga YouTube.
Sehingga artikel ini ditulis, video masakan Anzalna telah menerima lebih 300,000 tontonan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live