Masak Ikan Flower Horn Kawan Sebab Kelaparan
Amri Hassan
13/07/2017 10:43 MYT
13/07/2017 10:43 MYT
Lapar dan tiada idea mahu makan apa? Lelaki ini berkongsi buah fikiran luar biasa apabila nekad menggoreng ikan jenis Flower Horn milik sahabatnya.
Dek kerana terlalu lapar, lelaki yang menggunakan nama M.A itu telah menggoreng seekor ikan Flower Horn berwarna merah milik rakan serumahnya sekitar pukul 5.57 pagi tadi.
"Okeylah, rasa dia macam ikan talapia," tulisnya di Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Netizen kemudiannya menyuarakan rasa terkilan dengan tindakan lelaki itu yang sanggup menggoreng ikan hiasan bernilai ratusan ringgit.
"Awat tak boleh makan ka? Cheq telan dah, kenyang dah.
"Call tanya mak tadi, mak kata tak boleh makan. Sudah masuk dalam perut nak buat macam mana?
"Ingatkan semua ikan boleh makan. Cheq pun makanlah," jawabnya.
Dia kerap melihat ramai pelayar di laman Facebook MAHN berkongsi gambar makanan yang menyelerakan lantas bertindak melakukan perkara sama pagi tadi.
Kebetulan dia sedang lapar dan malangnya tiada makanan di rumah bujang yang didiaminya.
Idea untuk memakan ikan itu timbul apabila melihat haiwan peliharaan rakannya di dalam akuarium.
Dalam penyesalan, lelaki itu tetap memuji kesedapan ikan itu dan memberitahu isinya rasa manis walaupun liat.
Posting itu di akaun Facebook MAHN bagaimanapun telah dipadamkan.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: FB MAHN