Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Masak ‘Madu’ Tu Kami Kerjakan!”- Jawapan Rozita Che Wan Bila Orang Kata Zain Saidin Kahwin Lagi

Syafiqah Jalal 23/01/2020 | 07:16 MYT
Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta mengimbas kembali foto suaminya, Zain Saidin ketika menikahkan kakak iparnya, Sasha Saidin beberapa hari lalu.
Foto tersebut dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.
Che Ta berkata foto itu telah menjadi perbualan sesetengah pihak yang memberitahu ia kelihatan seolah-olah Zain sedang akad nikah lagi.
Namun, Che Ta tidak dapat terima kenyataan jika ia benar berlaku.
“Bila orang tengok gambar ni, mereka kata Che Ta dapat ‘madu’. Amboi!
“Kalau Ayam Masak Madu saya suka, tapi kalau bermadu, masak ‘madu’ tu saya kerjakan,” katanya seolah-olah memberi amaran.
Sasha selamat bernikah dengan usahawan, Sirhan Wahab pada 20 Januari lalu.
BACA: Selamat Bernikah Kali Ketiga, Ini Wajah Suami Baru Sasha Saidin
Che Ta dan Zain bernikah pada 11 Disember 2013. Melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan puteri diberi nama, Aaisyah Dhia Rana.
Dalam perkahwinan lalu, Che Ta mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra.

Segak laki kita wak ? .. abam @zainsaidin23 @jaydeesm . Zain menjadi jurunikah dan wali kepada kakaknya ?

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

#Kahwin #Che Ta #Zain Saidin #Rozita Che Wan #Kahwin
;