Masak Sedap Hari-Hari Tapi Tak Gemuk? Ini Rahsia Farahdhiya

Amri Hassan
Ogos 9, 2018 07:19 MYT
Sejak kebelakangan ini, penyanyi dan pelakon Farahdhiya sering memuatnaik foto dan video masakannya di Instagram.
Menurut Farah, ramai yang telah mempersoal tentang bagaimana dia dapat mengekalkan bentuk tubuh yang langsing walaupun setiap hari memasak juadah yang enak.
Menerusi salah sebuah entri di Instagram miliknya, Farah menyatakan kebanyakan menu yang disediakan adalah untuk ahli keuarganya, dia sentiasa memilih makanan yang lebih sihat untuk dirinya.
"Ramai yang bertanya, saya masak sedap setiap hari tapi tak gemuk, rahsianya, saya sebenarnya masak untuk keluarga, jarang sekali saya makan nasi putih.
"Saya akan makan lauk yang saya masak bersama 'quinoa', tetapi kadang-kadang saya tak makan pun lauk-lauk itu, saya akan gantikan dengan sesuatu yang lebih sihat," tulisnya.
Farah telah mula menjinakkan diri dalam industri hiburan Malaysia sejak berumur belasan tahun lagi dan lebih dikenali selepas melancarkan album Bertakhta Di Hati pada tahun 2004.
Teks : Asraf Aided
Sumber : Instagram Farahdhiya
#Farahdhiya