Masak Sendiri 340 Kilogram Sotong Untuk Sedekah Masjid, Ramai Puji Usaha Murni Aleeya Zailan & Suami! - "Allahu Murah Rezeki"
Amri Hassan
23/10/2022 08:41 MYT
23/10/2022 08:41 MYT
"Apa yang anda beri pada saya, saya beri balik pada kalian," demikian kata influencer dan usahawan viral, Aleeya Zailan yang tidak lokek bersedekah.
Berkongsi momen indah memasak sendiri 340 kilogram sotong yang dibeli daripada duit yang diberikan kepadanya ketika sesi live di TikTok, ramai yang memuji usaha murni Aleeya dan suami, Azri Aziz.
Lebih manis, pasangan suami isteri itu turut mengagihkan sendiri hidangan kepada 340 jemaah masjid sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Al-Syakirin Gombak baru-baru ini.
"Sebanyak 340 kilogram sotong sambal sedia untuk dimasak sebelum dibawa ke masjid bagi menjamu jemaah yang hadir memeriahkan majlis sambutan Maulidur Rasul.
"Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan beberapa lauk lain seperti sambal sardin, gulai daging dan sayur goreng," celotehnya dalam video tersebut sambil tangan sibuk menumis bahan.
Menerusi rakaman langsung dikongsikannya di media sosial baru-baru ini, kelihatan Aleeya bersama suami serta beberapa pembantu sedang bertungkus-lumus menyediakan masakan.
undefined
Mendapat ratusan ribu tontonan daripada warganet, rata-rata menganggap kesungguhan Aleeya dan keluarganya itu sesuatu yang jarang berlaku dalam kalangan individu bergelar jutawan.
Masakan tidak, ramai berpendapat bahawa Aleeya mampu saja menggunakan khidmat katering bagi menempah aneka menu dikehendakinya, tetapi pasangan suami isteri itu berbesar hati untuk melakukannya sendiri dari A ke Z.
Bukan itu sahaja, mereka turut memberi sumbangan dalam bentuk barangan asas dan keperluan harian kepada asnaf di masjid tersebut.
Tambah Aleeya, segala bahan masakan yang digunakan untuk memasak diperolehi hasil duit gift diberikan oleh pengikutnya ketika membuat siaran langsung di TikTok dan Facebook.