Laman Utama

Masalah Mental & Hidup Disensasikan Dalam Dokumentari, Britney Spears Menangis 2 Minggu

gempak
Maliah Surip
01/04/2021
09:20 MYT
Sponsor Banner
Masalah Mental & Hidup Disensasikan Dalam Dokumentari, Britney Spears Menangis 2 Minggu
Bintang pop fenomena dunia, Britney Spears akhirnya memberi komen mengenai sebuah dokumentari mengenai dirinya yang menjadi kontroversi sejak bulan lalu.
Dokumentari dengan judul Framing Britney Spears itu memaparkan kisah realiti penyanyi ini sejak pertama kali menjadi artis sehingga menempuh kemahsyuran sehingga membuat kehidupan peribadinya tunggang langgang.
Spears mengaku tidak menonton keseluruhan dokumentari tersebut, namun dia menangis sehingga dua minggu lamanya selepas menyaksikan sebahagian isi karya tersebut, seperti dilaporkan BBC.com.
"Saya tidak menonton keseluruhan dokumentari tersebut, namun sangat malu dengan apa yang dipersembahkan mengenai diri saya.
"Saya menangis selama dua minggu dan sehingga kini masih menangis, kadang kadang. Saya cuba menguatkan semangat dan memulihkan emosi dengan cara tersendiri dan akan terus berusaha menjaga perasaan bahagia saya," akui Spears yang menulis luahan tersebut buat pertama kali di akaun Instagramnya pada Selasa lalu.
Dalam pengakuan itu, Spears memuat naik lagu Crazy milik Aerosmith. Dia yang kini berusia 39 tahun kemudian mengatakan hidupnya sebagai selebriti selalu dijadikan pelbagai spekulasi.
"Hidup saya selama ini banyak dispekulasikan. Ditonton dan dihakimi sepanjang hidup saya!," luahnya lagi kepada lebih 29 juta pengikutnya di laman sosial tersebut.
Dia mengaku perlu mengumpulkan kekuatan untuk mempercayai persekitarannya yang selalu membuat dia keliru kerana terlalu kerap dihakimi.
"Saya sering digina dan dimalukan oleh media. Namun saya masih di sini sehingga hari ini.
"Walaupun dunia berputar, saya tetap seorang manusia biasa yang punya perasaan dan sensitif," akuinya.
Spears juga menambah dia tidak ingin dilihat hidup sebagai seorang yang sempurna.
"Saya tidak mahu menjadi sempurna kerana ia membosankan. Saya hanya mahu menyebarkan kebaikan," katanya lagi.
Seperti yang diketahui, kemelut hidup Spears bermula sebaik dia menjadi fenomena dan ayahnya menguruskan kewangan sehingga melibatkan undang undang sejak tahun 2008.
Sejak itu, selain berdepan masalah pergelutan 'harta sendiri', Spears juga berdepan dengan banyak isu kesihatan mental akibat tekanan dari pihak media dan kehidupannya sebagai seorang selebriti.
Kredit Foto: Getty Images
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live