Laman Utama
“Masalah Rumah Tangga Bukan Untuk Dikongsi Di Media Sosial, Malu” - Nurul Zahid
Anak kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menggesa agar orang ramai tidak menggunakan laman sosial sebagai medium untuk berkongsi masalah peribadi atau masalah rumah tangga.
Menerusi laman sosial Instagram, Nurul memberikan nasihat yang bersifat umum tersebut sebagai peringatan.
“Adik-adik, masalah peribadi, masalah rumah tangga, bukan untuk dikongsi di media sosial. A big no. No one should be judge on your marriage. Yang mendengar hanya lagak mendengar bukan menghukum.
“Cerita dalam ‘kain’ biar je dalam ‘kain’. Masalah laki bini, laki bini je tahu. Kita? Jaga laki dan bini memasing. Jangan jadi kepochi,” tulisnya menerusi satu entri serta kapsyen foto.
Malah, dia sendiri berasa semak dan malu apabila terbaca kisah rumah tangga orang yang tidak dikenalinya di laman sosial.
“Walaupun takda kena mengena dengan kak long, tapi rasa macam semak bila terbaca orang kongsi masalah rumah tangga dengan orang yang tak dikenali di media sosial. Kemon gais, malu,” jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai wargamaya yang bersetuju pasangan suami isteri perlu menjaga aib rumah tangga masing-masing.
“Jarang komen kat IG kak long tapi this one i agreed. Malu kot cerita benda tak elok kat socmed. Zahirkan yang bahagia sudah,” komen seorang wargamaya.
“I second you. Cuma tak faham why people nowadays suka sangat menceritakan perihal ruma
htangga sendiri, buka aib sendiri. Sepatutnya aib simpan sendiri bukan untuk tontonan ramai,” kata seorang wargamaya.
“Betul, tu jugak pesan mak saya. Luah pada orang risau jadi api. Lagi aib terbuka. Tapi tu la, kita bukan sekasut dengan orang lain. Mudah-mudahan Allah jaga aib kita,” tulis seorang wargamaya.
“Setuju. Motif nak bercerita kenapa? Nak tunjukkan orang tu salah dan kita je betul? Ada benda boleh kongsi ada benda tak boleh kongsi. Ibarat membuka pekung di dada sendiri,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah meraih hampir 3,000 tanda suka daripada pengikutnya.