"Masalah Saya Sekarang Ni ..." - Sara Ali Masuk Kelas Lakonan Demi Filem Bisikan Dosa
Ernalisa
01/11/2024 12:55 MYT
01/11/2024 12:55 MYT
Pelakon Sara Ali sanggup mengambil kelas lakonan untuk mempersiapkan dirinya bagi menjalani pengambaran filem Bisikan Dosa.
BERITA BERKAITAN: Akaun TikTok Sebar Fitnah Libatkan Wanna Ali Dengan Fattah Amin & Nur Fazura, Ini Respons Tuan Badan…
BERITA BERKAITAN: MLS4: Dapat ‘Standing Ovation’ Minggu Kelima, Kumpulan Putehh Akui Persaingan Semakin Sengit - “Untuk Akan Datang Ini, Kami Cuba Gaduh Lagi…”
BERITA BERKAITAN: Dikecam Promosi Produk Guna Gambar ‘Blur’ Pasangan Selebriti Nak Cerai, Fizi Ali Tampil Mohon Maaf - “Saya Dah Pulangkan Balik Semua Bayaran…”
BERITA BERKAITAN: Puteri Bongsu Kini Berusia 3 Bulan, Fizi Ali Akui Seronok Besarkan Tiga Cahaya Mata – “Kalau Ameena Balik, Dia Akan Excited…”
Sara akui, dia kini berada dalam zon selesa begitu lama menjadikannya sedikit risau untuk membawakan watak Sarimah dalam filem tersebut.
"Ya saya sekarang sedang mengambil kelas lakonan untuk pastikan saya mampu menjiwai watak kali ini dengan lebih baik.
"Masalah saya sekarang ini, saya memang terlalu banyak berfikir watak Sarimah. Risau sebab kita dah terlalu lama (tinggalkan lakonan).
"So dalam kelas lakonan ini banyak yang saya belajar...I hope I get more dan harap-harap saya boleh gunakan kelebihan ini dalam lakonan lain," katanya kepada Gempak.
Bisikan Dosa mengisahkan Sarimah yang berpindah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baharu.
Ia berlaku ekoran kematian tragis anak kecilnya dan bekas suaminya pula curang yang telah berkahwin demgan wanita lain.
Sarimah kemudian menjadi pembantu rumah kepada keluarga Ayden tetapi tidak lama kemudian dia dihantui oleh satu roh tidak tenang dikenali dari potret keluarga itu yang dikenali sebagai Zara iaitu arwah siteri Ayden.