Laman Utama

Masalah Tangan Berpeluh? Ini Cara Atasinya - Salah Satunya Sapu Deodarant?

gempak
Syafiqah Jalal
30/07/2022
07:32 MYT
Sponsor Banner
Masalah Tangan Berpeluh? Ini Cara Atasinya - Salah Satunya Sapu Deodarant?
Masalah tapak tangan berpeluh ini sering terjadi kepada sesetengah orang tak kira lelaki atau pun perempuan.
Namun sejauh mana pengetahuan kita tentang masalah ini? Adakah ia ada kaitan dengan masalah kesihatan?
Menerusi satu perkongsian oleh Dr. Samhan beliau mengulas lebih lanjut mengenai masalah tangan berpeluh atau nama saintifiknya Hiperhipdrosis.
Penerangan yang ringkas tapi padat itu dimuat naik ke dalam satu video reel di Instagram.
“Hiperhipdrosis bermaksud peluh berlebihan di tapak tangan dan kaki,” kongsinya.
Dr. Samhan turut berkongsi punca yang menyebabkan masalah itu.
“Puncanya adalah disebabkan tertekan, keturunan, masalah kesihatan atau masalah saraf,” tulisnya.
Satu perkara yang menarik dan mungkin tidak pernah terfikir oleh semua apabila antara rawatannya adalah menyapu deodorant.
“Rawatan – sapu deodorant di tangan, suntik botox, ubat antikolinergik atau pembedahan potong saraf,” kongsinya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberi pelbagai reaksi termasuk berkongsi kembali video itu kepada kenalan atau keluarga yang mengalami masalah yang sama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024