Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Masalah Teknikal Mungkin Punca Nahas Pesawat Di Muan - Pihak berkuasa

Awani 29/12/2024 | 04:25 MYT

Kerosakan pada fungsi gear pendaratan dipercayai menjadi punca pesawat Jeju Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada Ahad ketika cuba melakukan pendaratan cemas selepas percubaan pendaratan pertama gagal, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan pihak berkuasa.

Pesawat yang membawa 181 penumpang dari Bangkok, cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada 9.07 pagi sebelum ia tergelincir dari landasan dan melanggar pagar, mengakibatkan sekurang-kurangnya 28 maut dan mencederakan yang lain.

Pihak berkuasa lapangan terbang memaklumkan bahawa pesawat itu cuba melakukan pendaratan cemas kerana masalah pada gear pendaratan selepas percubaan pertamanya gagal

Namun, pesawat malang itu dilaporkan gagal mengurangkan kelajuannya sehingga di hujung landasan dan melanggar struktur di bahagian luar lapangan terbang, menurut pihak berkuasa.

Nahas itu menyebabkan kerosakan teruk pada pesawat, sehingga mencetuskan kebakaran.

Saksi mendakwa terdapat tanda-tanda bahawa gear pendaratan pesawat seperti tayar tidak diaktifkan, yang mungkin mendorong percubaan pendaratan cemas, dengan perlanggaran burung dipercayai menjadi punca kerosakan.

Sumber: Astro Awani menerusi BERNAMA

BERITA TRENDING: Terlalu Banyak Kenangan, Kak Ogy Tak Kuat Nak Tonton Filem 'Hati Batu' - "Saya Boleh Mental Breakdown Kerana..."

BERITA TRENDING: INNOVATHON 2: Cipta Bahan Pembinaan Penebat Daripada Bahan Alam Semula Jadi, Juara Minggu Kelima Milik Bio Polyol

BERITA TRENDING: Tiga Kali Tunda Majlis Perkahwinan Kerana Mahalini

BERITA TRENDING: Suami Isteri Terkejut, Dua ‘Hotdog’ Harga Lebih RM3,000

#Korea #Terhempas #Kapal #Terbang #Jeju #Selatan
;