Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Masam Tapi Kena Buat Muka Selamba, Cabaran Makan Lemon Jadi Fenomena

Azwa Rahman
02/04/2019 07:02 MYT
Setelah bermacam-macam cabaran yang disahut netizen antaranya ‘cabaran jangan bayar’, ‘cabaran baling keju’ dan ‘cabaran bergambar tindan’, kini satu lagi cabaran menjadi sensasi internet iaitu, ‘cabaran makan lemon’.

Lemon sinomin dengan rasa masam dan cabaran anda adalah, tidak boleh buat sebarang ekspresi muka sewaktu menikmati lemon tersebut.


Ramai yang telah berkongsi video cabaran ini di internet namun, ramai yang gagal. Siapa sahaja yang boleh tahan kemasaman lemon tanpa buat ekspresi muka?

Rupanya di Malaysia juga dah lama ada cabaran makan lemon ni. Siapa masih ingat video abang ni makan lemon sambal tersembur?


Kalau anda nak sahut cabaran ini, jangan lupa buat video dan tag Gempak ya.
#makan #Dunia #Cabaran