,
Gaya Hidup

"Masa-Masa Macam Ni Suami Pula Tak Ada..." - Marsha Milan Berterima Kasih Ada Yang Membantu

Badrul Hashim
06/01/2021
11:30 MYT
Sesiapa yang pernah mengalaminya tidak kira lelaki atau perempuan mesti tahu betapa sukarnya untuk menukar tayar kereta yang pecah atau bocor. Bayangkan pula apabila berseorangan di lebuh raya.
Itulah yang terjadi kepada penyanyi dan pelakon Marsha Milan, apabila tayar keretanya rosak ketika hujan di lebuh raya Plus dalam satu kejadian semalam.
Biarpun dalam satu entri perkongsian video pendek di Instagram miliknya lebih kepada gelak ketawa, pasti yang melaluinya tahu betapa sukarnya keadaan tersebut.
"Macam-macamlah jadi semalam. Antaranya ialah tayar koyak time hujan kat plus highway. Selalunya kat rumah angkat periuk ka, sofa ka, meja makan ka. Almari pun I angkat dan pasang I okayyy jaaa.
"Tapi tukar tayar saya surrender. Time2 macam ni suami pula tak ada. But thank you abang mechanic. Tetiba ja dia ada tepi highway semalam. Penyelamat!" tulis Marsha.
Marsha turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantunya untuk mendapatkan harga tayar yang berpatutan.
"Thank you mamufik uncle aris dan fido mai tolong deal harga tayar skali. Baru arini tau tayar kami size 20! waduhhh," tulis Marsha lagi.
Marsha Milan yang berkahwin dengan Mohamed Shaiful Nizam pada tahun 2015, hingga kini masih belum lagi dikurniakan dengan cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Pengapit Lupa Jalan, Pengantin Wanita Drive Sendiri Kereta Pergi Menikah!

gempak
09/09/2024
07:55 MYT
Gelagat seorang pengantin wanita mengambil alih 'stereng' daripada rakannya yang juga pengapit mencuit hati netizen.
Hiburan

Konsert Bertemakan Sounds Of Borneo Di MPO 7 September Nanti, Tampilkan Marsha Milan, Velvet Aduk & Alena Murang!

gempak
10/08/2024
18:48 MYT
Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) buat julung kalinya bakal mempersembahkan sebuah konsert muzik Borneo pada Sabtu, 7 September 2024 jam 8.30 malam di  Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.
Hiburan

Universal Music Malaysia & Alternate Records Kini Jadi Rakan Strategik, Pacu Revolusi Muzik Tempatan!

gempak
15/07/2024
18:00 MYT
Dua ‘label’ berkolaborasi menjadi rakan strategik pemasaran muzik tempatan! Gabungan antara syarikat rakaman muzik tempatan Alternate Records dan syarikat rakaman bertaraf antarabangsa, Universal Music Malaysia dijangka membawa revolusi dalam landskap muzik tempatan dan bakal membuka peluang baharu untuk artis-artis tempatan untuk meluaskan pengaru
Hiburan

Bangga Pencapaian Bella Astillah, Marsha Turut Lakar Nama Di China - “Saya Akan Nyanyikan Lagu Sabah”

gempak
22/05/2024
04:55 MYT
Penyanyi kelahiran Sabah, Marsha Milan melahirkan rasa bangga melihat rakan senegerinya, Bella Astillah berjaya menempa nama di China.
Hiburan

“Curang Dengan Adik Saya Sendiri” - Bella Astillah Dedah Sudah Dicurangi 11 Kali

gempak
03/04/2024
12:06 MYT
Penyanyi, Bella Astillah mendedahkan suaminya, Aliff Aziz sudah berlaku curang lebih daripada lapan kali.