"Masanya Sudah Tiba...Debaran Mula Terasa" - Ahya Rosli Nikah Hari Ini

Asraf Aided
Mac 29, 2019 08:58 MYT
Pelakon dan model, Ahya Rosli bakal bernikah bersama pasangannya, Shahirah Philip, pada petang ini.
Perkara itu dikongsi oleh kakaknya, Liana Rosli menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
"Bismillah, 29 Mac 2019, masanya sudah tiba, debaran mula terasa.
"Satu-satunya adik saya akan bernikah petang ini bersama pilihan hatinya, Shahirah Philips, semoga semuanya dipermudahkan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan buat Ahya dan bakal isterinya itu.
Tiga hari lalu, Ahya ada berkongsi gambar bersama Shahirah beserta kapsyen memberi 'hint' tentang majlis perkahwinan mereka.
"Ala tomey tomey, nak kahwin yeay yeay." tulisnya.
#Ahya Rosli