,
Hiburan

Masdo, Gerhana Ska Cinta Ajak 'Berkencan' Malam Minggu Ini Di Panggung Odeon!

Amri Hassan
14/08/2024
18:55 MYT
Sudah lama tidak merasai berada di tengah-tengah kotaraya di malam minggu dengan agenda Istimewa. Mungkin biasanya malam minggu untuk khalayak berehat, makan malam di luar sambil melihat neon dan lampu Kuala Lumpur atau berkencan.
Namun atas usaha Panggung Malam Entertainment, suasana ini akan bertukar dengan agenda istimewa apabila mereka merencana malah melaksanakan sebuah acara dengan nama Showcase Panggung Malam Minggu @ Panggung Odeon.
Bermula dengan tarikh 21 September 2024 yang dipilih sebagai permulaan bagi malam-malam minggu yang menarik nanti, Panggung Malam Minggu pertama akan membawakan Gerhana Ska Cinta serta Masdo dengan kemunculan MOC dan Jemput Dengar sebagai pembuka acara.
Memilih Odeon Kuala Lumpur sebagai lokasi showcase ini, lokasi yang strategik ini dirasakan paling sesuai untuk golongan usia serta bangsa. Malah senang untuk dikunjungi dengan kepelbagaian pengangkutan awam yang berada di sekitarnya.
“Sejak 15 tahun lalu, Panggung Malam Entertainment telah berkecimpung dalam dunia acara muzik baik tempatan mahupun luar negara.
"Untuk tahun ini kami merasakan tiba masanya untuk membawakan sesuatu yang Istimewa untuk peminat muzik yang mencari-cari lokasi strategik untuk berhibur di samping menyokong industri muzik tempatan khsususnya.
"Disebabkan itu maka wujudlah Showcase Panggung Malam Minggu dengan pilihan artis utama Gerhana Ska Cinta dan Masdo sebagai pembuka acara,” ujar Khairul Afizi Aiyub atau lebih dikenali dengan nama Fizi yang merupakan Pengarah Panggung Malam Entertainment.
Menurut Fizi, Masdo dipilih kerana lagu-lagu mereka yang merupakan kombinasi masa lalu dan tenaga segar melalui lagu-lagu mereka yang semakin terkenal di Malaysia dan luar negara. Manakala Gerhana Ska Cinta yang sentiasa aktif dan memeriahkan industri muzik tempatan.
“MASDO membawakan kembali kebangkitan muzik pop 60-an. Selain itu, nama mereka semakin harum di luar terutamanya di Indonesia. Nampaknya jalan untuk kumpulan ini melangkaui dan terus maju ke hadapan sangat cerah seperti bola disko.
"Manakala tentunya kita menghargai Kumpulan Gerhana Ska Cinta yang muncul dari kebangkitan Ska Malaysia pada akhir 90-an dan pihak penganjur menjemput mereka sempena meraikan ulang tahun ke 25 dalam industri seni.
"Gerhana Skacinta juga kini banyak tampil mempersembahkan lagu-lagu popular Allahyarham Tan Sri P Ramlee bersama single terbaru mereka berjudul Rasa Sayang,” tambah Fizi.
“Rasakan malam minggu yang menarik di tengah kota dengan acara yang Istimewa untuk para peminat kami berkumpul dan menikmati hiburan yang menarik,” ujar Putu Ceri mewakili Masdo.
Tiket-tiket berharga RM98 (early bird) dan RM118 (harga asal CAT 1) untuk free standing dan RM128 (early bird) dan RM158 (harga asal CAT 2) untuk free seating telah mula dijual sejak 13 Ogos 2024, jam 11 pagi di laman www.myticketempire.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Harris Baba Bawa Akon Datang Malaysia 19 November Ini!

gempak
11/09/2024
03:33 MYT
Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Akon bakal singgah ke Malaysia sempena konsert Akon The Superfan Tour Live in Malaysia & Singapore pada November depan.
Hiburan

Selesa Ulang Alik Kelantan Ke KL, ‘Cik Man Rock Oo’ Masih Mampu Pandu Kereta Sendiri - “Untuk Jadi Orang Yang Sihat, Pertama Sekali Hati Kena…”

gempak
05/09/2024
08:55 MYT
Pelakon veteran Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai ‘Cik Man rock oo’ memberitahu dia lebih selesa menetap di kampung halamannya di Tanah Merah, Kelantan.
Hiburan

5,000 Penonton Meriahkan Malam Hari Merdeka Pulau Pinang! Spider, Ella, Masdo Penuh Energetik

gempak
01/09/2024
11:55 MYT
Mahardika : Spider X Ella X Masdo dipercayai telah menjadi konsert terhebat yang pernah dianjurkan The Dons Group pada tahun ini serta bakal melakar sejarah tersendiri dengan bantuan kehadiran peminat.
Hiburan

Hari Rock Negara Tarikan Menarik Sempena Fiesta Belia Merdeka 2024! Gerhana Ska Cinta, SYJ, Lipan Bara Antara Line Up Padu

gempak
31/08/2024
20:27 MYT
Fiesta Belia Merdeka 2024 bakal berlangsung pada 8 September ini, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Hiburan

Hampir 10 Tahun Dalam Industri, Kugiran Masdo Kongsi Cabaran Sepanjang Bergelar Anak Seni - “Kena Tipu...Orang Tak Percaya Karya...”

gempak
28/08/2024
03:55 MYT
Sudah hampir sedekad menempatkan diri dalam industri seni tanah air, Kugiran Masdo mendedahkan perlu melalui pelbagai pasang surut sepanjang bergelar anak seni.