Rezeki masih berpihak pada Atu apabila dompet yang mengandungi dokumen penting dan sejumlah wang miliknya dipulangkan semula oleh seorang lelaki.

Dompet itu dipercayai telah tercicir selepas dia bersama keluarganya singgah ke sebuah restoran di Shah Alam untuk menjamu selera.

"Sebelum balik kampung makan di pecel lele Padang Jawa, hujan lebat dan kenyang masing-masing jadi sendu.

"Terima kasih kepada yang menjumpai dan PM saya tentang dompet suami saya ini.

"Dia melompat-lompat nak ke parking tak sedar dompet tercampak keluar. Sampai Setia Alam, patah balik ke sana, tak sempat cari Abang ini sudah call. Pantas kan!

"Alhamdulillah, masih ada lagi yang jujur di bumi Allah ini. Terima kasih," kongsi isteri Atu, Shafeeqa Johari di Instagramnya pagi tadi.

Selamat pagi.... ?... alkisah nya sebelum balik kampung makan di pecel lele padang jawa... hujan lebat... danh kenyang masing2 jadi sendu... terima kasih kepada yg menjumpai dan pm saya ttg wallet suami sy ni. Dia melompat2 nak g ke parking... x sedar wallet tercampak keluar... sampai setia alam, u turn balik kesana... xsempat cari, abg ni dah call... pantas kan.. syukur alhamdulillah, masih ada lagi yg jujur di bumi Allah ini... terima kasih... kan best klo hp dia yg dulu hilang jumpe balik... bukan nilai hp yg di pertikaikan, tp gambar anak, video newborn semua dalam tu ?... @akueatu terima kasih encik ridzwan md dol

A post shared by Shafeeqa Johari (@shafeeqajohari) on


Sebelum itu, lelaki yang menjumpai dompet Atu telah meminta pertolongan daripada group Whatsapp bagi menghubungi pelawak berkenaan.

"Pada pemilik dompet ini sila hubungi saya segera untuk mengambil semula dompet anda berserta duit-duit yang ada di dalam dompet ini.

"Hak milik artis tempatan kita. Sama-sama kita viralkan sehingga pemilik ini dapat mengambil semula dompet beliau," tulis lelaki yang dikenali sebagai Redzwan Md Dol.



Tindakan murni lelaki itu mendapat pujian netizen.

"Ada lagi yang jujur macam ini. selalunya kalau sudah dapat balik, duit entah kemana," tulis @sally_8176.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @shafeeqajohari