Ramai terkejut apabila tiada angin tiada ribut pelakon Diana Danielle memfailkan perceraian terhadap suaminya Farid Kamil sedangkan rumah tangga mereka sebelum ini tidak pernah terpalit dengan kontroversi yang tidak enak.

Malah warga maya rata-rata menyifatkan Farid dan Diana sebagai pasangan yang romantis dan hidup bahagia selama lebih 10 tahun bersama dua orang cahaya mata mereka Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Namun kemelut rumah tangga mereka membuatkan netizen mula imbau dan tularkan kembali video-video mereka yang dianggap sebagai kenangan manis mereka.

Berikut Gempak imbau momen-momen manis mereka yang pernah tular di media sosial dan laporan media.

#1 Diana Danielle Temani Farid Kamil Ketika Kes Dadah

Pada tahun 2018, Farid Kamil ditahan polis atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC). Namun Diana dipuji ramai terutama netizen apabila tetap hadir temani suaminya ketika perbicaraan
Farid Kamil ketika itu juga tidak mampu lagi menyembunyikan rasa gembira melihat kehadiran isterinya, Diana Danielle, di Mahkamah.

Ketika itu kata Farid, dia memang mengharapkan Diana datang memberikan sokongan moral ketika berhadapan dengan situasi yang getir ini.

"Saya sayang keluarga saya, dan rindukan anak-anak saya.

"Melihat isteri saya datang hari ini, saya sangat gembira. Saya sayang awak, Diana," katanya.

BACA: Memang Harap Diana Datang - Farid Kamil

#2 Diana Pernah Puji Farid Sebagai Suami

Tular satu video di Tiktok menunjukkan pelakon, Diana Danielle yang memuji suaminya, Farid Kamil ketika menjadi juri dalam sebuah pertandingan lawak.

Dalam video berkenaan, Diana ketika memberi komen terhadap kumpulan dalam pertandingan itu mengatakan yang rumah tangganya bersama Farid Kamil bertahan selama 10 tahun kerana suaminya itu merupakan seorang pencinta wanita.

“Korang tahu tak kenapa perkahwinan saya hampir 10 tahun? Sebab suami saya macam Sashic… dia pencinta wanita la bang. Dia pandai,” kata Diana sambil tersenyum. https://www.tiktok.com/@fibuuuu/video/7215000543146691866?embed_source=121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_name&refer=embed&referer_url=ohmedia.my%2Fohartis%2Fdiana-danielle-bersungguh-puji-farid-kamil-pencinta-wanita-buat-netizen-persoal-kenapa-tuntut-cerai%2F&referer_video_id=7215000543146691866

#3 Sebulan Sebelum Fail Cerai Tunai Umrah

Melihat kebahagiaan pasangan ini sewaktu mengerjakan umrah bersama dua cahaya mata mereka, Bagai tidak percaya jika rumah tangga mereka dilanda badai.

Sebulan sebelum Diana memfailkan cerai mereka baru sahaja pulang menunaikan umrah kali pertama bersama. Malah mereka masing-masing menzahirkan keterujaan apabila dapat menunaikan ibadah itu bersama.

Namun siapa sangka, selepas umrah Diana membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap Farid.

BACA: Diana Danielle Terima Dorongan Farid Kamil Pergi Umrah

#4 Sindir Syamsul Pukul ‘Diana’

Selepas kecoh isu pelakon Puteri Sarah yang membuat kenyataan baharu mengenai dirinya yang pernah dipukul oleh Syamsul sehingga menyebabkan dia keluar dari rumah pada tahun 2020, Farid juga tampil dengan satu kenyataan berkaitan di Instagram Story miliknya.

Isu berkenaan turut mendapat respon oleh pelakon terkenal, Farid Kamil menerusi Insta Stories, yang membuat pengakuan mengenai ‘individu’ berkenaan yang pernah memukul isterinya Diana Daniella pada tahun 2005.

“Untuk rekod ya dia yang memukul wanita bernama diana pada 2005, report tapi tiada tindakan (NFA). Anak Sultan KL Lumpur barangkali. Sindir Pak Abu,” tulisnya.

Kenyataan yang ditulis seminggu sebelum Diana fail cerai itu seolah-olah Farid mahu melindungi isterinya yang pernah menjadi mangsa pukul oleh pengarah itu ketika mereka pernah menjalinkan hubungan cinta.

Apa-apa pun sama-sama kita harapkan isu rumah tangga mereka selesai dengan baik.