Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Masih Banyak Perlu Diperbaiki, Harris Anuar Akui Gementar Jadi Pengacara

Rozaimi Zubaidi
27/09/2018 10:28 MYT
Pemenang tempat ketiga Hero Remaja, Harris Anuar mengakui masih perlu memperbaiki banyak perkara dalam mengalas tanggungjawab sebagai seorang pengacara.

Menurut Harris, dia reda apabila terpaksa menarik diri daripada menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program Big Stage Live Plus dalam platform tontonan video YouTube selepas minggu ketiga.

“Sejujurnya saya agak gementar apabila mengacara sebuah program live memandangkan saya juga merupakan seorang yang fresh dalam industri.

“Banyak perkara yang masih perlu saya pelajari dan saya harus memperbaiki mutu pengacaraan selepas ini.

“Perkara itu menyebabkan saya menarik diri daripada mengacara Big Stage Live Plus kerana kehadiran saya dilihat seolah-olah tidak menjadi.

“Mungkin selepas ini saya harus mengacara program rakaman terlebih dahulu dan memperbaiki mutu pengacaraan selepas ini,”katanya kepada Gempak.

Harris berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama Lelaki Kiriman Tuhan, di Ombak Villa, Langkawi, pada Rabu.

Selain Harris, drama Lelaki Kiriman Tuhan turut dibintangi oleh Mira Filzah, Remy Ishak, Rozita Che Wan, Kartina Aziz, PU Azman, PU Riz, Jasmin Hamid, Maria Farida dan ramai lagi.

Turut diperkenalkan bintang baru Uyaina Arshad iaitu bekas pengacara Nona, Ariana AF, Ali Redza, Hanis Nabeela dan Farah Safwan.

Drama Lelaki Kiriman Tuhan ini akan disiarkan setiap hari Isnin pada pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) & Maya HD (saluran 135).
#Harris Anuar
;