Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Masih Belum Ada Rezeki Hamil - Amyra Rosli

Rozaimi Zubaidi 08/02/2017 | 06:59 MYT
Pelakon Amyra Rosli menafikan dakwaan belum hamil kerana terikat dengan kontrak dari mana-mana syarikat pengiklanan.
Sebaliknya, Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati, 26, berkata, dia dan suaminya Amar Baharin masih belum diberikan rezeki zuriat sejak mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu.
"Setakat ini kami masih belum mempunyai khabar gembira untuk dikongsikan kepada semua.
"Namun perkara ini tiada kaitan dengan mana-mana kontrak yang kononnya menghalang saya untuk hamil.
"Jadi tiada masalah pun dari segi itu, cuma buat pada masa sekarang belum ada rezeki lagi untuk kami menimang cahaya mata.
"Saya berharap agar orang ramai di luar sana terutama peminat-peminat mendoakan yang terbaik untuk kami," katanya kepada Astro Gempak.
Amyra dan Amar ditemui ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu dan muzik video karaoke berjudul Kisah Cinta Kita yang diadakan di Red Box Gardens, pada Selasa.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#Amyra Rosli #Amyra Rosli
;