BIG STAGE ALPHA
Masih Belum Berpunya, Rizal Rashid Mahu Fokus Jadi Penghibur - “Saya Nak Balas Jasa…”
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Rizal Rashid akui masih belum ada mana-mana wanita yang berjaya mengisi hatinya.
Jelas Rizal atau Muhd. Rizal Azhiman Mohd. Rasid, fokus utamanya pada ketika ini adalah untuk membalas jasa keluarga yang sentiasa menyokong perjalanan seninya dari awal pembabitannya hingga kini.
“Saya belum berpunya lagi sebab goals saya adalah untuk menjadi seorang penghibur dan saya mahu membanggakan keluarga saya. Bagi saya selagi saya tak bahahgiakan keluarga saya mungkin tidak lakukan benda lain dahulu, saya nak balas jasa mereka terlebih dahulu,” katanya.
Dalam masa sama, Rizal turut mengakui pernah melalui fasa kecewa dalam percintaan namun menjadikan pengalaman itu sebagai pengajaran yang mematangkan dirinya.
Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Brunei itu tidak menolak sekiranya dipertemukan jodoh pada masa akan datang. Katanya, dia terbuka untuk berkawan namun tetap akan meletakkan batasan.
“Mestilah pernah, kita akan melalui fasa-fasa bercinta ni tapi bagi saya itu adalah satu fasa dimana ia datang untuk memberikan pengajaran untuk kita. Tapi saya tak akan biarkan perkara itu menghalang apa yang saya ingin capai sebab kadang-kadang sebab cinta ada orang akan rasa kecewa.
“Kalau untuk saya ianya hanya satu fasa sahaja apa yang lebih penting adalah keluarga dan karrier seni saya.
“Kalau ada yang nak masuk line, saya terbuka juga untuk mengenali mereka tapi saya akan letakkan limit ke atas diri saya sebab kita boleh je berkawan dahulu. Kalau ada jodoh maksudnya adalah ia,” ujarnya kepada Gempak.
Must-Watch Video