Masih Belum Disabitkan Kesalahan, Dai Syed Boleh Jalani Kehidupan Seperti Biasa & Bekerjaya
Azwa Rahman
06/03/2021 01:40 MYT
06/03/2021 01:40 MYT
Peguam kepada pendakwah selebriti Dai Syed, Syed Amirul Syed Edros menegaskan anak guamnya boleh menjalani kehidupan seperti biasa sepanjang dalam tempoh menunggu dua tarikh perbicaraan.
Menurut Syed Amirul, anak guamnya, Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, boleh berkerjaya, mencipta dan melancarkan lagu baru kerana masih belum disabitkan dengan kesalahan.
“Kes untuk Syed Iqmal ada satu pertuduhan di Makhamah Shah Alam dan dua pertuduhan di Makhamah Petaling Jaya. Setakat ini pihak saya masih belum menerima dokumen daripada pihak pendakwaan dan ia bukanlah sesuatu yang tidak normal.
“Ini perkara biasa kerana sesuatu proses perundangan itu memang mengambil sedikit masa. Dalam tempoh ini juga, tiada apa-apa masalah bagi Syed menjalani kehidupan biasa, bekerjaya dan masyarakat perlu faham setakat ini, Syed belum disabitkan dengan apa-apa kesalahan jadi dan ia tiada sebarang isu berbangkit,” ujarnya.
Dai Syed dan peguamnya ditemui semasa majlis pelancaran lagu Ya Habib serta pengumumannya sebagai duta wangian Dyxy secara maya pada Rabu.
Dalam majlis tersebut, syed melancarkan lagu terbarunya Ya Habib yang merupakan sebuah lagu bergenre pop elekronik dengan campuran muzik Arab dan Asia hasil nukilannya sewaktu berada di dalam tahanan.
Tambah Syed lagi, menjalani kehidupan seperti biasa membuatkan dia lebih menghargai sahabat-sahabat baik yang sering memberikan kata-kata semangat.
“Kawan menjauh itu perkara biasa. Bagi saya kawan dan sahabat itu berbeza. Kawan ada ramai tapi sahabat yang sentiasa ada dengan saya antaranya Ryan yang selalu beri motivasi, Arul, Adam, Ucop, Adli, kitorang satu geng yang sentiasa ada.
“Ada je orang yang bila saya kat dalam, dia hentam saya betul-betul. Bila saya keluar, dia DM saya kata hai, itu perkara biasa. Tetapi saya hanya beri pandangan positif sahaja pada nereka,” ujarnya.
Pada 10 Disember tahun lalu, Syed Shah Iqmal, 26, mengaku tidak bersalah di tiga mahkamah berasingan atas pertuduhan melakukan seks oral, mencabul dan merogol dua wanita pada September dan Oktober dua tahun lalu.
Di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita yang juga penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Damansara Perdana antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi pada 17 Oktober 2020 dan pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Bagi pertuduhan ketiga di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun yang juga penganggur di sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam pukul 11.35 malam pada 11 September 2019 lalu mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.