Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Masih Boleh Jalan Kaki Keliling Kaabah”- Isteri Aliff Syukri Kongsi Pengalaman Tawaf Ketika Hamil

Mya Amri
09/08/2019 09:01 MYT
Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi pengalaman mengerjakan ibadah haji ketika hamil.

Menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya, Shahida memaklumkan ibu hamil tidak akan mempunyai masalah untuk mengerjakan ibadah kerana pelbagai kemudahan disediakan untuk memudahkan mereka yang tidak berupaya.

“Banyak juga yang tanya larat ke saya tengah hamil jalan kaki lama-lama. Alhamdulillah jika tawaf saya masih boleh berjalan kaki mengelilingi Kaabah.

“Cuma ketika saie dari Safa ke Marwah saya naik skuter ni bawa sendiri. Satu orang 50 Riyal kat Masjidil Haram ni macam-macam kemudahan ada bagi mereka yang kurang berkemampuan.

“Insya-Allah esok kami akan berangkat ke Arafah. Insya-Allah doa-doa sahabat/followers saya panjatkan di sana ketika masuk waktu wukuf.

“Insya-Allah doa di sana makbul kerana pintu langit terbuka. Sebanyak-banyak malaikat-malaikat turun ke bumi sehingga sebatang jarum x boleh jatuh ke bumi kata ustaz saya...begitulah hebat nya hari Arafah,” kongsinya.

Banyak juga yg tanya larat ke saya tgh pregnant jalan kaki lama2.......Alhamdulillah jika tawaf saya masih boleh berjalan kaki mengelilingi kaabah...cuma ketika saie Dari safa ke Marwah saya naik skuter ni......bawa sendiri.....satu orang 50 Riyal...... kat Masjidil Haram ni mcm2 kemudahan ada bagi mereka yg kurang berkemampuan.... . Insya Allah esok kami akan berangkat ke Arafah...Insya Allah doa2 sahabat/followers saya panjatkan di sana ketika masuk waktu wukuf...Insya Allah doa di sana makbul kerana pintu langit terbuka.....sebanyak2 malaikat2 turun ke bumi sehingga sebatang jarum x boleh jatuh ke bumi kata ustaz saya...begitulah hebat nya hari Arafah.....

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on


BACA: “Pergilah & Balik Selamat Semua...”- Aliff Syukri Hantar Isteri Menunaikan Haji

Terdahulu, Shahida meninggalkan empat orang anaknya serta seorang anak angkatnya bersama Aliff untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.
#Haji #Datin Seri Nur Shahida