"Masih Boleh Nampak" - Tertusuk Mata Dengan Permainan Lego, Betty Benafe Nyaris Buta

Amri Hassan
Jun 22, 2018 03:46 MYT
Pelakon Betty Benafe menceritakan detik cemas apabila matanya tertusuk permainan Lego milik anaknya semalam.
Betty dilaporkan kini stabil walaupun kecederaan yang dialami tepat pada bahagian utama mata hitamnya.
"Anakku tertusuk mataku dengan mainan Legonya.
"Pengorbanan seorang ibu pada anaknya yang aktif masya-Allah hingga melukakan mata hitam nya.
"Semoga kita para ibu diberi kesabaran yang tertinggi," tulis Betty menerusi akaun Instagramnya.
Betty turut berkongsi keadaan terkini matanya yang masih berbalut susulan rawatan doktor.
Pelakon itu juga meluahkan rasa syukur dilindungi daripada musibah lebih teruk.
"Bersyukur kita masih boleh nampak. Alhamdulillah. Bayangkan mereka yang buta permanently.
"Salute pengorbanan mereka dan orang sekeliling mereka. Kuatnya semangat mereka untuk hidup dan terus hidup kerana Allah.
"Bagi mereka yang tersenyum melihat orang lagi menderita, bersihkanlah hatimu kerana waktu kita akan datang dengan cubaan yang sama atau yang lainnya.
"Doakan yang baik baik buat kami sekeluarga. Terima kasih bagi yg mulia hatinya," tambah Betty.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @bettybenafe
#Kemalangan #Lego #Betty Benafe