Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Masih Dihentam Netizen, Ruhainies Nak Rasa Gembira & Tenang Tanpa Membenci Sesiapa - “Tak Suka Gaduh Di Public Sebab Saya Nak Tunjuk Contoh Yang Baik”

Asyikin Mayudin
09/09/2024 03:25 MYT
Berterusan dihentam oleh netizen biarpun kontroversi melibatkan rumah tangga penyanyi Aliff Aziz sudah berlalu, pelakon Ruhainies bagaimanapun mengambil langkah untuk berdiam diri di laman sosial.

Mahu gembira & tenang

Tidak lagi membaca komen negatif, Ruhanies berkata dia mahu menjalani kehidupan dalam keadaan gembira dan tenang selain tiada kesempatan untuk membenci mana-mana pihak.

“Nama saya merupakan jenama saya, jadi saya tak suka bergaduh secara terbuka sebab saya nak tunjukkan contoh yang baik. Apa yang berlaku pun (kontroversi) cukup kurang baik.

“Apa yang saya boleh katakan, saya tak sempat nak membenci sesiapa… saya sayang dan maafkan semua orang. Saya nak jadi gembira dan hidup dalam keadaan tenang.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak Platform Media Sosial Diwujudkan Untuk Jatuhkan Ruhainies - “Walaupun Ada Orang Berniat Jahat, At The End Of The Day…”

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Akui Diri Tak Sempurna, Berdoa Tuhan Pelihara Diri Dari Buka Aib Orang Lain - "Allah Peliharalah Hatiku..."

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Henti Disindir Bekas Mentua, Bella Astillah Coretkan Surat Terbuka - “Banyak Lagi Perkara Yang Jauh Lebih Penting…”

“Sejak isu itu juga, saya tak baca komen-komen negatif sebab saya nak jaga kesihatan mental saya,” kata Ruhainies kepada Gempak.

Adik kepada pelakon Nur Risteena ini ditemui ketika acara Mid-Autumn Festival yang diadakan di Maison Fiziwoo, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

10 tahun tanpa kontroversi

Mahu membina namanya secara perlahan-lahan, Ruhanies mengakui sepanjang 10 tahun dalam industri tidak pernah terpalit dengan kontroversi yang menjatuhkannya sehingga timbul isu berkaitan dengan Aliff Aziz awal tahun ini.

“Sejujurnya, sepanjang 10 tahun saya dalam industri, tak pernah lagi saya terpalit dengan kontroversi yang menjatuhkan saya tapi ini kali pertama.

“Manusia membuat kesilapan, tak ada siapa yang sempurna. Saya harap semua dapat memaafkan dan apa yang saya boleh katakan, saya akan bina balik nama saya secara perlahan-lahan dan betulkan keadaan, Insya-Allah,” ujarnya.

#Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Netizen #Kontroversi Ruhainies
;