Sebut saja tentang Sun Wukong, pasti semua sudah sedia maklum mengenai kisah lagenda ini.

Hakikatnya, Sun Wukong merupakan watak utama menyerupai monyet yang diceritakan alam novel epik berjudul Pengembaraan ke Barat.

Dalam karya tersebut, Sun Wukong menemani seorang sami bernama Xuanzang dalam perjalanan memperoleh kitab agama Buddha di India.

Namun, apa menariknya Sun Wukong mempunyai kekuatan dan kelebihan luar biasa seperti menjadi 72 bentuk berbeza.

Sun Wukong juga merupakan seorang pejuang yang mampu melawan panglima-panglima terhandal dari kayangan.

Hebat bukan?

Apapun, watak Sun Wukong pastinya lebih hebat apabila dibawa oleh pelakon handalan Stephen Chow menerusi filem Chinese Odyssey.

Nantikan kekacauan dan telatah lucu yang terjadi di dalam kedua-dua filem ini di FAMtv (Saluran 100).

Anda boleh saksikan Chinese Odyssey Bahagian I pada 9 Jan, jam 8 malam & Bahagian II pada 16 Jan, jam 8 malam.