Filem arahan Syafiq Yusof, Penunggang Agama meraih kutipan sebanyak RM2 juta dalam tempoh dua minggu ditayangkan.

Memulakan tayangan rasmi sejak 25 Mac lalu, filem ini sudah menembusi pasaran pawagam di luar negara iaitu Singapura pada 15 April.

Menerusi pemerhatian di media sosial, rata-rata penonton meninggalkan komen menginginkan Penunggang Agama mempunyai sambungan yang kedua kerana ia antara filem yang terbaik.

"Lepas tok haji mati, bini dia pula sambung balas dendam kan. Lepas ni ada Penunggang Agama versi perempuan. Mesti best.

"Bahagian akhir macam tergantung saja cerita ini. Ada bahagian kedua kan.

"Satu keluarga maki kat tok haji. Kalau ada bahagian kedua kan best," antara yang ditinggalkan.

Filem Penunggang Agama dilakonkan oleh barisan pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.

Penunggang Agama mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk medapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji.

Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.

Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan.

Dapatkah Amir menyelamatkan keluarganya dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini? Segalanya bakal terjawab dalam filem Penunggang Agama.

BACA: Penuh Pengajaran! Penonton Hayati Jalan Cerita Filem Penunggang Agama, "Jangan Mudah Percaya Orang Dari Cara Pakaian"

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk saksikan Penunggang Agama di pawagam rumah anda, Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.